Wednesday 25 October 2017

RESEPI : LEMPENG BUJANG!

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..

Kalau rasa malas masak, saya lebih suka buat LEMPENG BUJANG!
Mudah dan senang....Kenyang jugak..
Orang nak diet pun boleh makan..
Jom jenguk resepi semudah ABC!!
Hihi..

BAHAN-BAHAN

2 cawan - TEPUNG GANDUM
2 cawan - AIR
1/2 sudu besar - MARJERIN, guna minyak masak pun boleh
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA

1. Blender semua bahan2nya sehingga sebati.

2. Panaskan kuali dengan api yang sederhana, sapukan sedikit minyak menggunakan tisu di dalam kuali.

3. Kebesaran lempeng mengikut senduk yang digunakan, saya lebih selesa menggunakan senduk yang besar. 1 senduk besar untuk 1 lempeng.

4. Ada 2 cara membuat lempeng,
a) bermula dari tengah, tuangkan 1 senduk besar ke tengah kuali, gunakan belakang senduk dan pusingkan 360 darjah dari tengah ke sekeliling sehingga lapisan menjadi nipis dan mengikut kebesarn lempeng yang kita mahukan.
b) bermula dari sekeliling, tuangkan 1 senduk besar ke sekeliling kuali, gunakan belakang senduk dan pusingkan 360 darjah dari sekeliling ke tengah sehingga lapisan menjadi nipis.

5. Biarkan seketika sehingga tepi lempeng terangkat ke atas, bermakna lempeng dah masak dan boleh di balik ke bawah sekejap.

6. Tadaaa...Sudah siap lempengnyaaa..1 adunan ni boleh untuk 3-4 orang makan sekali jalan..hihi..

Mak saya cakap namanya lempeng bujang..hihi
Sedap dimakan dengan kari ayam!! Sambal tumis ikan bilis pun sedap!!
Nyummmmm.. Selamat mencuba!!

Sedap!! Kari ayam mamak.. Nyummmmm

NOTA SAYA :
Sekiranya tak ada marjerin, boleh juga digantikan dengan minyak masak sedikit sahaja, tujuan untuk mengelakkan lempeng melekat di dalam kuali dan pastikan ianya diblender dengan semua bahan-bahan di atas. Telur pula untuk melembutkan lempeng, kalau tak nak letak pun tak apa macam saya dan terpulang kepada kawan-kawan semua..
Saya tak nak letak telur disebabkan ayah saya kakinya masih lagi luka, dan pantang makan telur..hihi

Sunday 22 October 2017

RESEPI : NOXXA - KARI AYAM TUA

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..

Periuk noxxa ini sudah menjadi trend masa kini dan viral di media social, boleh dikatakan periuk noxxa menjadi idaman setiap wanita di luar sana, periuk serba boleh dan macam-macam boleh digunakan sama ada menggoreng, mengukus, merebus dan lain-lain..

Mak saya merupakan salah seorang yang terpengaruhi untuk membeli periuk noxxa. Tetapi masalahnya mak saya tidak pernah menggunakannya kerana terlalu banyak button dan merasakan terlalu leceh, baginya masak di atas dapur gas lagi senang..

Oleh itu, sayalah orang pertama yang merasmikan periuk noxxa ini.. Huru hara jadiknya, sepatutnya sekejap sahaja masak disebabkan asyik membaca buku manual sampai tersalah tekan button. Pernah juga terlupa tertekan button ON/OFF, 1 jam tunggu tak masak..haha.. Sekarang ini, apa yang saya masak menggunakan periuk noxxa, saya simpan resepi dan cara menggunakannya di blog untuk rujukan saya, walaupun blog ini kerap berhabuk..hihi..

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, salah satu keistimewaan periuk noxxa ini dengan menggunakan high pressure boleh melembutkan daging atau ayam tua dengan masa yang cepat, paling lama pun 1 jam..Tak tipu! Hehe

Resepi kali ini adalah resepi favourite husband saya, anak bujang saya serta ayah saya. Kari! Kari apa?? Kari ayam tua! Sebut je ayam tua, ayam tua ini boleh dikatakan favourite ayah saya, ayah saya panggil ayam pencen..hehe..Teringat pula, mak masak rendang ayam tua menggunakan dapur gas, lama juga masaknya, tetapi last2 ayah gigit liat, kata ayah macam nak tercabut gigilah..haha.

RESEPI - NOXXA KARI AYAM TUA

BAHAN-BAHAN

1 ekor - AYAM TUA

5 biji - BAWANG MERAH **
3 biji - BAWANG PUTIH **
1 inci - HALIA **
** tak perlu blender, hanya mayang @ potong sahaja

3 sudu besar - LADA blender

10 sudu besar - SERBUK KARI AYAM
(Brand : BABAS, bancuh dengan sedikit air. Boleh tambah atau kurang serbuk kari ayam, terpulang nak pekat ke cair)

REMPAH RATUS, cth kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih


CARA MEMBUATNYA

1. Letakkan sedikit minyak di dalam periuk noxxa.
Tekan STIR-FRY, kemudian tekan ON/OFF sehingga lampu merah berhenti berkelip.
Biarkan minyak panas seketika.


2. Masukkan rempah ratus, kemudian bawang merah, bawang putih dan halia yang siap dipotong sehinnga naik bau.

3. Masukkan lada blender sehingga masak, kemudiannya masukkan serbuk kari ayam boleh tambahkan sedikit minyak jika perlu. Pastikan serbuk kari ayam masak sehingga naik minyak.

4. Masukkan ayam tua yang siap dibasuh dan kacau sebati, kemudiannya masukkan sedikit air.

5. Sebelum menggunakan mode HIGH PRESSURE, pastikan tutup dahulu periuk dengan penutup periuk noxxa. Cara menutup seperti di bawah ini.



Pastikan knob di atas penutup periuk noxxa ditukarkan ke pressure seperti di bawah ini.


Tukarkan dari button STIR-FRY ke button HIGH-PRESSURE, kemudiannya tekan lagi buttton HIGH PRESSURE untuk time setting.
Contohnya, DAGING - 1 jam ; AYAM TUA/KG - 40 minit
Disebabkan saya nak masak ayam tua, jadinya saya tekan button HIGH-PRESSURE sehingga angka 40, dan kemudiannya tekan button ON/OFF sehingga lampu merah berhenti.

Biarkan seketika, sehingga angka 40 minit, periuk ini akan berbunyi.

Setelah berbunyi, tukar knob ke STEAM, biarkan sehingga bunyi STEAM hilang, baru boleh buka penutup periuk.

Pastikan ianya tidak menghala ke muka anda, sangat bahaya

Empukkan ayamnya!

Saya lebih selesa menggunakan periuk noxxa untuk melembutkan ayam tua ini.
Saya akan alihkan ke periuk biasa dan memasak menggunakan dapur gas.
Saya juga akan menambah perasa (sedikit garam dan gula) serta 1 kotak santan dan masak sehingga pekat..

Nyummmmm.. Nampak sedapkan!

Nota saya :
Tak kira rebus daging ke ayam tua ke jangan diletakkan garam.





Tuesday 3 October 2017

JALAN2 : #FAMILYHONEYMOON MENIKMATI KEINDAHAN ALAM DI PULAU TIOMAN (1)

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..


Hampir dua minggu sudah berlalu, tetapi cerita Pulau Tioman masih menjadi perbualan antara kami suami isteri dan juga #luthfi_taufik, kerana boleh dikatakan tahun ini merupakan #familyhoneymoon yang mencukupi ahlinya iaitu adik-beradik husband. Ikutkan kami merancang pergi ke Pulau Tioman pada cuti sekolah, tetapi disebabkan chalet penuh, kami bertukar ke cuti umum 'Hari Malaysia' selama 
3 hari 2 malam (15hb September 2017 hingga 17th September 2017) dan terpaksalah masing-masing memohon cuti sendiri.

Adik bongsu husband, Mahirah dilantik sebagai penjaga duit keluarga dan juga perancangan bajet ke Pulau Tioman termasuk harga pakej, harga feri, duit minyak, duit makan dan lain-lain. 
Anggaran kasar lebih kurang bajet untuk seorang dewasa ialah RM400 dan bajet untuk seorang kanak-kanak di bawah 8 tahun ialah RM60.
Lebihan perbelanjaan di Pulau Tioman akan dimasukkan ke dalam akaun keluarga husband untuk next #familyhoneymoon. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada husband saya sebab dapat mengumpul bajet kami seawalnya dan sponsor saya ke Pulau Tioman, kalau tidaknyaaaa....boleh menangis kat tepi bucu katil gara-gara kena tinggal..haha.. 

Terlalu banyak moment yang best , sampai saya sendiri tidak tahu bermula dari mana hendak menulis. Saya bukannya blogger yang setia seperti kawan-kawan semua, tetapi saya rasakan blog adalah tempat yang paling best untuk saya kongsikan pengalaman saya atau sesuatu yang menarik dan boleh menjadi rujukan akan datang. 

Bagi saya, Pulau Tioman merupakan pulau yang sesuai bagi sesiapa yang ingin menenangkan fikiran, beristirehat dan juga menikamati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t tidak kira di daratan atau lautan, ianya tidak sesuai untuk shopping seperti Pulau Langkawi. 

Ada 2 stesen untuk ke Pulau Tioman, 
1) Jeti Mersing, Johor
2) Jeti Tanjung Gemok, Pahang
Ikutkan tarikh percutian kami, jadual pergi dan balik di jeti Mersing seawal 7pagi dan mungkin agak kelam kabut pengurusan untuk kami sekeluarga terutamanya anak-anak kecil untuk bangun pagi, walaupun boleh dikatakan Jeti Mersing, Johor lagi berdekatan dengan rumah mertua saya, Felcra Sungai Ara dan perjalanannya lebih kurang 1 jam. Oleh itu, kami memilih di Jeti Tanjung Gemok, Pahang kerana jadual pergi ke Pulau Tioman seawal 7pagi tetapi jadual balik lebih kurang pukul 2petang, lebih lama di Pulau Tioman, walaupun perjalanan ke Tg. Gemok lebih kurang 2 jam dari Felcra Sungai Ara.
Harga feri dari Tg. Gemok ke Pulau Tioman (one way only) untuk seorang dewasa ialah RM35, manakala untuk seorang kanak-kanak pula ialah RM30.  Harga feri dari Pulau Tioman ke Tg, Gemok pula sama juga.
Pastikan kawan-kawan semua perlu berada 1 jam awal di setiap stesen bagi mengelakkkan ketinggalan feri kerana ketibaan feri tidak diduga seperti kami, feri balik ke Tg. Gemok sampai ke Kg. Genting lebih awal dari waktunya. Nasib baik masing-masing dah bersedia nak pergi makan tengahari, tetapi tak jadi disebabkan feri sampai lebih awal.

Muka happy, tak sabar nak pergi chalet..
Alamak! Muka mak mertua tak nampak..huhu
Suasana di dalam feri dari Pulau Tioman ke Tg. Gemok
Terdapat banyak stesen dan perhentian di dalam Pulau Tioman antaranya seperti Kg. Genting, Kg. Paya, Kg. Tekek, Kg. Salang, Kg. Juara dan lain-lain.
Banyakkan kg kat Pulau Tioman ini!
Kami sekeluarga memilih di stesen KG. GENTING, PULAU TIOMAN  yang sesuai untuk seisi keluarga dan kami juga memilih chalet yang berdekatan dengan jeti feri iaitu 'GENTING GLORY BEACH RESORT'. Sesiapa yang berminat dan teringin menginap di chalet kami sekeluarga, boleh menghubungi
CIK AWANG 014-5059942 untuk keterangan lanjut mengenai harga pakej atau lain-lain. 
Bagi saya, layanan Cik Awang dan keluarga adalah terbaik!
Harga untuk boat service, call lah CIK AWANG untuk harga pakej!
Kedudukan chalet di Genting Glory Beach Resort tidak jauh daripada jeti Kg. Genting. Chaletnya yang simple dan menarik, ada yang moden, ada juga seperti rumah kampung. Selain daripada itu, ada juga kerusi yang santai untuk kita dapat melihat keindahan lautan yang sangat cantik, airnya yang hijau. Pemandangannya yang terlalu cantik. Kita juga dapat melihat suasana matahari terbenam di depan chalet ini.
Kami booking 4 chalet tau, 1 chalet untuk 1 family..Hehe

Ini chalet kami! Nampak tak #luthfi _taufik asyik main air paip je..

Perghhh.. Relax #luthfi_taufik dan abang syamir..


Apa ada di dalam chalet?? Dua katil queen, ada bilik air, ada air-con, ada heater..
Apa yang tak ada?? Tak ada TV, tak ada dapur nak masak..
Jadinya, kalau nak booking saya cadangkan sekiranya kawan-kawan ada planning nak ke Pulau Tioman, lebih baik ambil yang ada pakej sebabnya termasuk dengan makanan, snorkeling dan lain-lain.
Alhamdulilah, sarapan, makan tengahari dan juga makan malam termasuk BBQ telah disediakan. Jangan terkejut apabila membeli makanan di sana, harganya berbeza daripada tempat kawan-kawan semua, harganya mahal sedikit. Jangan lupa bekalan 1 bag makanan ringan serta minuman 3in1, dengan suasana malam yang sejuk serta bunyian ombak, perut akan terasa kerap kelaparan..Hehe..

Muka kelaparan! Bestkan #familyhoneymoon

Nota saya:
Entri seterusnya, saya lebih berkongsikan tentang cantiknya keindahan alam di lautan..
Sebenarnya entri ini dah lama saya buat draft, cuma ambil masa untuk upload gambar..
Line kat cc tak berapa cantik, bila ramai orang..




Monday 11 September 2017

RUMAH KAMI (TH) : KWSP - PENGELUARAN ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..


Berhabuk sedikit blog ini, hampir lebih kurang 5 bulan! Sudah lama juga tidak menjenguk dan berkongsi maklumat kerana kesibukan dengan jawatan sebagai surirumah sepenuh masa. Gurau je..Hihi..

Saya akan berkongsi tentang pengeluaran KWSP untuk pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan sebagai rujukan kawan2 semua, ianya hanyalah berdasarkan pengalaman saya, untuk lebih lanjut kawan2 semua boleh menghubungi pejabat KWSP berdekatan. Penyata Baki Pinjaman pula, bergantung pada bank yang memberi kawan2 semua pinjaman perumahan.

Buat pertama kalinya, saya dan husband membuat pengeluaran KWSP (Akaun ke-2) ini untuk deposit rumah kami ini. Setelah hampir 2 tahun, kami ingin membuat pengeluaran KWSP (Akaun ke-2) untuk kali yang ke-2 untuk ansuran bulanan pinjaman perumahan. Sebelum kami menerjah pejabat KWSP Johor, kami menerjah dahulu website KSWP - Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan 
Berikut adalah apa yang ada di dalam website ini.
1) Maklumat Lanjut
Apa yang ada dalam Maklumat Lanjut ini? Mestilah ada kelayakan pemohon, syarat pengeluaran, kelayakan pengeluaran, kaedah bayaran, pembatalan pengeluaran, dokumen yang diperlukan dan dokumen sokongan.
2) Borang Permohonan KWSP 9P (AHL) & Senarai Semakan Dokumen
Borang permohonan KWSP 9P (AHL) hanyalah untuk permohonan pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan sahaja. Perlu 'PRINT' dan diisi borang tersebut, serta terdapat juga senarai semakan dokumen yang diperlukan.
3) Contoh Format Penyata Baki Pinjaman
Penyata baki pinjaman dikeluarkan oleh bank yang memberi kita pinjaman perumahan. Format mestilah sama seperti contoh KWSP. 
4) Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus ke Akaun Ahli
Nama Bank yang terpilih sahaja.

Nampak seperti mudah sahaja untuk diuruskan, tetapi pertama kali ingin mengeluarkan kwsp untuk ansuran bulanan pinjaman perumahan,  masih ada sedikit kekeliruan terutamanya format penyata baki pinjaman. Nasib baik saya dan husband masih lagi menyimpan no. hp akak yang telah menguruskan pinjaman perumahan kami. Sebelum kami terjah, kami menelefon akak tersebut bertanya proses memohon penyata baki pinjaman.
1) Hanya perlu pergi ke bank yang berdekatan (bank pinjaman perumahan tau, jangan main terjah bank2 lain..hehe) dan beritahu mahu penyata baki pinjaman untuk EPF.
2) Setiap pengeluaran penyata baki pinjaman ada cas juga, macam bank muamalat (RM21 + 6% GST) zaman sekarang mana ada free tau. Format penyata baki pinjaman seperti contoh KWSP.
3) Ada borang yang perlu diisi serta tanda tangan permohon dan juga salinan IC pemohon. Pemohon mestilah nama pertama untuk pinjaman perumahan.
4) Proses pengeluaran penyata baki pinjaman lebih kurang 2 minggu waktu bekerja, bukanlah on the spot boleh keluarkan penyata baki pinjaman ini, disebabkan formatnya perlu sama dengan format contoh KWSP.

Yeahh!! Penyata Baki Pinjaman Perumahan dah dapat, pengawai bank menunaikan janji, lebih kurang 2 minggu waktu bekerja!

Next...... Submit borang permohonan, dokumen yang diperlukan ke pejabat KWSP!!

Alhamdulilah..Semuanya sudah selesai..Siapa kata susah??Mudah dan senang sahaja urusan di pejabat KWSP sekiranya dokumen yang diperlukan mencukupi..Hihi...

Sebelum itu, pegawai KSWP akan check dokumen dan berapa yang ada di dalam akaun ke-2, kemudian membuat pengiraan untuk bayaran pengkreditan terus ke akaun kita..
Saya bersyukur apabila akaun ke-2 kami suami isteri boleh membuat bayaran pengkreditan terus ke akaun kami selama 13 bulan, dapat mengurangkan beban sedikit..

Nota saya:
Bagusnya KWSP, mereka akan menghantar mesej ke telefon bimbit kita untuk pemberitahuan
'Bayaran Pengeluaran telah dihantar ke bank anda.'
Cepat..cepat keluarkannya..
Takut terguna ke tempat lain pula duitnya..hehe.. 
Sayangnya tak sempat saya nak ambil gambar sebagai rujukan..

Wednesday 12 April 2017

DIARIKU : MANA YANG TERBAIK..

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..


2 minggu lagi? saya last kerja..
But no planning for future..
Tak ke gila namanya? Adakah ini keputusan yang terbaik??
Kepala saya sakit, layan ig kejap, saya suka tengok orang post gambar makanan..
Tak tahu kenapa, saya suka sangat tengok..

Then, tiba-tiba ternampak post blogger Mar Mansor mengenai PELUANG..
Lebih kurang macam ini lah...
Peluang itu datangnya sekali..
Jika kali kedua, namanya REZEKI..
Jika kali ketiga, namanya LUCKY..

Kebetulan hari ini, saya telah diberikan peluang kali ketiga..
Sama ada, saya boleh tarik balik resign letter...
atau saya teruskan niat juga..

Saya tanya pendapat mak...
Mak kata saya banyak komitmen, jangan susahkan husband..
Saya kena tarik balik resign letter..
Tunggu ekonomi saya betul3 stabil..

Msg husband, tak reply..
Maybe husband busy kot..
Huhu..

Saya masih belum buat keputusan yang terakhir, sama ada YES or NO..
Ada lagi tempoh seminggu untuk saya fikirkan mana yang terbaik...

Wahai anda yang membaca diari ini, apa pendapat anda tentang peluang ketiga?
Adakah peluang ketiga itu perlu kita ambil??



Nota saya :-
Adakah peluang ketiga itu, peluang yang terbaik?
Pejam mata..
Audit diri sendiri.
Apa yang kita mahukan....
Biarlah niat kerana Allah s.w.t
Berdoalah..
Hanya padaMu ya Allah, tempat kita mengadu...

Tuesday 11 April 2017

RESEPI : CENDAWAN ENOKI GORENG

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..


Sekarang tengah viral kat FB "CENDAWAN ENOKI GORENG"..Macam simple dan sedap sahaja..

Saya jarang memasak, tapi saya suka masak..Benda pelik2 saya tak pernah dengar..Cendawan yang saya kenal untuk spageti, cendawan dalam tin..Selalu mak saya beli, cendawan untuk masak sayur..

CENDAWAN ENOKI?? Pelik bunyinya...
Saya cuba tengok kat pasaraya MASLEE berdekatan dengan rumah, sebab itu pasaraya selalu saya pergi..Sekali saya nampak cendawan enoki, ehh ehh ada jual kat sini juga..Tak payah pergi kat TESCO..Sekali pandang, macam taugeh dalam plastik..Hehe..

Resepi dan bahannya, senang sahaja...
1) CENDAWAN ENOKI
 2) TEPUNG TEMPURA BISTARI
3) TELUR

1) Cendawan enoki dibuang akarnya dahulu, kemudian dibasuh dan ditapis..
2) Setelah ditapis, cendawan enoki dicelup dengan telur.
3) Kemudiannya disalutkan dengan tepung tempura bistari..
4) Apabila minyak sudah panas, masukkan cendawan enoki tersebut..

Tadaaaa, sudah siap...Senangkan...



Nota saya :- 
Minyak masak kena berjimat cermat, jangan membazir..Selepas menggoreng mesti minyaknya kotor..Hehe..




Monday 10 April 2017

JALAN2 : MILO BREAKFAST DAY 2017

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..

Sebut nama MILO
Semuanya tahu dan kenal...
Saya boleh dikatakan addicted dengan MILO..
Dengar ada larian MILO kat pasir gudang!
Haloooo..
Saya excited nak join MILO BREAKFAST 2017!
MILO BREAKFAST DAY 2016??
Mestilah join jugak..cuma tak updated kat blog...
#throwback
Saya & akak ipar..mana luthfi??larian dengan stroller..hehe...
 

MILO BREAKFAST 2017
Sehari sebelum larian, balik kerja terus pergi saya kat Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang..
Buat apa lagi, ambil t-shirt MILO.. Pendaftaran kami?? Sebulan sebelum larian di Johor..
Awalkan..haha..
Tak sabar luthfi nak berlari!
Lawa t-shirt MILO! Saya suka....
Malamnya standby semuanya...Nampak tak saya ini terlebih excited? Haha
Tudung pun nak matching color, beli kat hijab by audrabella..cantik2 tudungnya..hehe

Larian sepatutnya start pukul 7.30am...Tapi husband balik kerja 7.25am, sempat ke ni? Risau jugak lah..
So, naik kereta gerenti jem habis..Naik moto lah! 
Selfie dulu!
Nasib tak baik pula, sampai kat sana, orang dah start berlari..Tersalah masuk lorong, then jem pulak..
Lama pula jemnya...Cari pulak lorong lain, suruh husband parking kat Kompleks Pusat Bandar..
Katanya jauh sangat...Terpaksa cari jalan lain..Parking depan rumah kedai Taman Mawar...
Disebabkan ramai orang dah sampai ke garian penamat...Jadiknya, kami pun terus ke garian penamat...
Nasib tak baik, husband lambat balik dan kami tersalah jalan..
Jadiknya, tak ada larian! Huhuhuuhuhu
Breakfast dulu! Tengok baju luthfi, dah macam pakai jubah..Haha..
Tak apa lah, tak dapat berlari..kita pergi main game! 
Banyak sangat game...semuanya nak main game...
Kena beratur panjang lor...
Menang, dapat hadiah..
MILO notebook! Cantik sangat....
Tak sempat nak snap photo banyak2..

3 keluarga..2 keluarga sempat berlari...kami sekeluarga tak sempat berlari...hehe..
Ada yang sempat main game, ada yang tak sempat main game, hujan lebat...
Jom pulang!
Sampai rumah, masing-masing kena mandi, sudah kena hujan...
Luthfi dan goodies...MILO stock untuk 3 bulan..haha
Badan penat, perut kelaparan..
Nasiblah dapat goodies maggi 'MI GORENG KARI'
Sedap!!

Nota saya :-
2018?? Saya nak join lagi...
Kalau boleh tak nak terlepas larian macam tahun ini..
Terima kasih MILO..
Bestnyaaa...

Dalam diam, terminat warna hijau pulak..
Oh mak ko hijau..hehe..


Friday 7 April 2017

RUMAH KAMI (TH) : RAK TV

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..


Rumah kami simple sahaja, tak ada apa-apa lagi..
Baru nak belajar hidup berdikari, jadinya banyak barang elektrik yang tak ada..
Buat masa ini, kami cuma membeli 3 barang elektrik utama, 
1 - Mesin Basuh
2 - Peti Ais
3 - TV

Hah..
Bukan nak bercerita pasal TV...
Tapi pasal rak TV..
Bila TV dah sampai...
Kelam kabut kami, barulah nak berfikir..
Alamak!!
Nak letak TV kat mana?? 
Nak gantung ke nak letak kat rak TV ke?? 
Kalau boleh esoknya, nak cepat pasang astro..
Gara-gara nak ajak atok leman dan nek peah tidur rumah kami..
Hehe..

Kalau rasa nak cari idea yang simple dan mudah...
Pergi sahaja kat website IKEA Malaysia...
Tengok punyalah tengok..
Terjumpalah rak TV pilihan hati..
FAVOURITE ❤❤
HARGA : RM349
Borak kosong dengan husband..
ME : Saya nak beli rak TV kat IKEA (Sambil tunjuk gambar kat atas ini)
HUSBAND : Awak tunggulah IKEA Tebrau..Dengar cerita akhir tahun 2017, nak buka 
(Sambil buat muka tak ada perasaan)
ME : Huhuhuhuuhu..OK..Saya tunggu IKEA Tebrau..Sedih giler....

Hasil perbincangan antara saya dan husband..
Rak TV (IKEA) pilihan hati saya, simpan dulu..
Mana tahu ada rezeki lain.. 

Ruang tamu kami, nampak sempit..
Jadinya, kami rasa lebih elok cuma gantung TV..
Lagipun mampak lebih kemas..
#luthfi_taufik tak sampai nak pegang TV..

Ayah mentua saya, dahulunya renovate rumah kat kg..
Ada lebihan papan tebal..
Husband saya ambil, katanya nak buat tempat storage barang kat stor..
Tiba-tiba si husband berubah fikiran...
Nak D.I.Y rak TV pula...
Ok.Saya setuju..

Kalau blogger lain dapat LAZADA SUPRISE...
Saya dapat HUSBAND SUPRISE juga..
Haha..

Taadaaaaa....
Tengok hasilnyaa...


Nota saya :-
Kalau tak mengecat, kurang cantiklah, nampak kayu...
Selepas cat warna putih!
Woooooooo......nak melompat..haha
Sekali pandang...macam beli kat ikea la!






MY BIRTHDAY : OH APRIL #throwback

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..


Bulan April, bulan paling istimewa....disebabkan my birthday!! 03rd APRIL ...Sudah masuk 30-an!
Tahun ini adalah tahun berjimat cermat, saya nak kena banyak savings, tak lama lagi nak berhenti kerja.. Kalau boleh sebelum saya berhenti, saya nak belanja my family especially mak dan ayah, abg dan akak, kawan2 kerja yang banyak bantu saya.. Entah bila, saya akan belanja mereka semuanya...

#throwback my birthday history! 

my HUSBAND
Husband kerja pagi, pukul 6.30am sudah gerak pergi kerja..Saya bangun pukul 430am, prepare breakfast nasi goreng ayam (balance nasi ayam semalamnya)..Semangatkan! Tak adalah special sangat, biasa sahaja masak...but cooking with love ❤❤ ... 
Apabila balik kerja, husband nak celebrate birthday...Hanya nugget dan kentang goreng sahaja, air oren...Cukuplah, saya hargai usaha awak...Habis juga saya makan, rasanya macam terlalu sedap sangat apabila husband yang goreng..Mungkin tengah lapar juga...Haha..

my FAMILY
Yup...My family....Mak dan ayah terlalu banyak berbantu saya..Setiap detik pengorbanan yang mereka lakukan, saya sangat hargai...Walaupun pengorbanan mereka berdua tidak dapat dibayar dengan wang ringgit..Jangan dilupakan mak ayah, biarlah rezeki itu sedikit, tetapi diberkati oleh Allah s.w.t
Location :-
BADOK WESTERN
49, Jalan Mangga 1, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
3pm - 12am
#Recommended
Semuanya sedap dan berbaloi!

my KAWAN KERJA
Surprise jugak..Kawan kerja wish birthday! Macam boleh tahu pula, lupa pula...FB notification..haha..
Dapat cheese cake!! Macam sedap pula, dah lama juga tak makan..Thanks kawan-kawan..


Nota saya :-
Pernah dengarkan kawan-kawan "Dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain"..


Sunday 2 April 2017

RUMAH KAMI (TH) : MESIN BASUH BARU

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..

Pejam celik sudah masuk 3 minggu, saya sudah pindah rumah baru..
Ada sesuatu yang berbeza...
Apa yang berbeza??
MESIN BASUH, 14kg..
Besarkan!
Memang tersangatlah besar!!
Haha...

Hasil perbincangan saya dan husband...
Last minute, kami pilih mesin basuh dengan capacity (14kg)..
Alang-alang membeli, biarlah besar terus...
Tapi ikut kemampuan....
Walaupun kami masih lagi bertiga...

Ada sebab kami memilih capacity yang besar..
Sekarang ini, luthfi free diapers...
Kadang-kadang, malam terlepas juga..
Kekerapan membasuh toto, cadar dan selimut..
Menyebabkan kami memilih mesin basuh ini...

Pada mulanya, saya hanya mahu membeli semi-auto..
Husband pula mahu yang auto..
Katanya....
Sebab sudah terbiasa dengan auto..
Letak baju kat mesin, tekan start..
Pastu tinggal sahaja...
Dengar mesin berbunyi..
Tandanya dah siap..
Pastu sidai...
Alahai....
Pandai pula menjawab...
Mesin basuh kami..

Apa yang bestnyaa..
Saya suka pada colour, hitam dan kelabu..nampak smart...
Saya suka pada button, mudah faham dan tekan...
Saya suka pada bunyinya bila sudah siap basuh dan bunyinya lama pula...kalau tertidur, boleh terbangun..
Saya suka pada filter dalam mesin basuh, mudah nak buka dan buang habuk2..
Saya suka sebab ada eco tube clean..nak bersihkan dalamnya...ini belum pernah guna lagi...
Senang kata cinta pandang pertama...semuanya saya suka..
Saya suka mesin basuh ini...
Brand:Samsung
WA6700JC Top Load Washer with Active Dualwash & Built-in Sink, 14kg
Thanks husband....

Nota Saya :
TIPS membeli mesin basuh..
Semua brand adalah sama sahaja..
Penting, kena tahu apa yang kita mahukan..
Semi-auto atau auto??
Berapa capacity??
Button yang mudah faham??
Harga mengikut kemampuan??





Monday 13 March 2017

RUMAH KAMI (TH) - ROD KAYU LANGSIR & LANGSIR EYELET

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..

Perkara paling penting apabila masuk rumah baru, LANGSIR...yup, langsir kawan-kawan..tak bohong..
Kalau tak letak langsir, orang luar boleh nampak..Kalau letak langsir, baru nampak privasi sikit..
Kalau orang nak bagi barang, kita ambil lah, itukan namanya rezeki..Rezeki jangan ditolak, duit boleh digunakan ke arah lain..

Saya survey kawan-kawan buat langsir kat kedai termasuk ukuran sekali, lebih kurang RM 1k kena ada dalam poket..Boleh tahan juga, ingatnya langsir murah..Terfikir juga nak beli langsir kat IKEA, macam cantik dan simple..Kalau ada banyak duit, tunjuk jari, mana yang tersuka dan bayar kat casher sahaja..Haha..

Nak dijadikan cerita, mak saya bagi kain langsir yang masih belum berjahit lagi dan juga langsir yang mak saya tak nak pakai, kesian agaknya tengok anaknya nak pindah tak ada langsir..Bersyukurlah apa yang mak bagi, boleh buat basahan, walaupun color langsir tak berapa berminat sangat..Bak kata mak, orang lama suka color 'old-school' macam ini..

Boleh dikatakan MISI : D.I.Y LANGSIR telah bermula...Langsir yang belum berjahit lagi, saya dan husband lebih terpikat nak buat 'LANGSIR EYELET'...Si husband punya lah excited, survey kat you tube, tengok macam mana nak buat langsir ini..Nampak buat langsir ini, kena pasang ROD KAYU LANGSIR pulak..

Sebelum nak membeli rod kayu langsir atau kain langsir, perlu membuat ukuran di setiap tingkap atau pintu bilik atau tempat-tempat kita rasa sesuai untuk letakkan kain langsir..Jadikan ukuran adalah penting tau..Converter unit pun penting jugak..
CONVERTER UNIT
1 meter = 3.28084 kaki @ 39.3701 inch @ 100 cm
1 kaki = 12 inch
1 inch = 2.54 cm
Terpulang pada kawan-kawan nak gunakan unit : mm @ cm @ kaki @ inci..
Saya lebih suka gunakan dalam inci..

UKURAN PENTING:-
A
LEBAR TINGKAP
B1@B2
DARI TEPI TINGKAP, TAMBAH 2 - 3 INCI (LEBIH BAIK)
C
DARI ATAS TINGKAP, TAMBAH 5 - 8 INCI (LEBIH BAIK)
D
TINGGI TINGKAP
E 
DARI BAWAH TINGKAP KE LANTAI RUMAH

ROD KAYU LANGSIR
Rod kayu langsir, boleh dibeli by set (Rod kayu+Holder+Ring) atau berasingan..Saya lebih suka beli by set, tak pening kepala. Kalau rod kayu terlebih panjang, potong sahaja..Contohnya, ukuran lebar pintu (3 kaki, jadinya husband pun beli rod kayu langsir 4 kaki..

PEMASANGAN ROD KAYU LANGSIR
1) Tandakan titik pertemuan antara bahagian tepi tingkap (B1@B2) - 2 INCI dan bahagian atas tingkap (C) - 8 INCI .Titik pertemuan tersebut, drill dan pasangkan holder rod kayu seperti di bawah. Lakukan di sebelah kanan dan kiri (bahagian tepi tingkap).
2) Saya buat anggaran panjang rod kayu (B1 + A + B2 + 4 inci) Selebihnya husband potong guna grinder, kalau guna gergaji lambat pula..Kenapa perlu ada 4 inci?? Sebenarnya sahaja saya buat lebihkan untuk nampak cantik dan memang rod kayu terlebih, terpulang pada kawan-kawan..Hehe..

D.I.Y LANGSIR EYELET
Mak saya lebih suka beli kain langsir bidang 60", kalau kain langsir yang jarang untuk "DAY CURTAIN" lebih suka bidang 110"..Langsir yang mak bagi kat saya, langsir bidang 60"..bidang 60 sama sahaja dengan 60 inci..Biasanya, 1 tingkap@pintu = 1 helai bidang 60", 2 tingkap = 2 helai bidang 60", 3 tingkap = 3 helai bidang 60" dan seterusnya..Panjang kain langsir merujuk dari rod kayu ke lantai rumah (C+D+E).

PENGUKURAN PANJANG KAIN LANGSIR
Lipatan atas bergantung pada lebar kain keras langsir. Kain keras saya 7 inci, anggaran lipatan atas saya, lebih kurang 8 inci..Anggaran lipatan bawah pula, lebih kurang 9 inci..Saya sahaja lebihkan bahagian lipatan bawah, sebabkan kain langsir mak saya bagi terlalu ringan..Panjang pintu bilik saya, lebih kurang 103 inci..
Jumlah kain langsir yang perlu dipotong untuk pintu bilik saya ialah 
= LIPATAN ATAS + PANJANG KAIN LANGSIR (C+D+E) + LIPATAN BAWAH
= 8 inci + 103 inci + 9 inci
= 120 inci
Ini baru pintu bilik sahaja, tingkap bilik dan tingkap ruang tamu saya gunakan cara yang sama..

LUBANG RING - KAIN LANGSIR EYELET
Saya tak ada alat untuk menebuk lubang kain langsir eyelet, jadinya saya menggunakan gunting sahaja..Template - kain langsir eyelet perlu dibuat dan memudahkan kerja saya..
Apa itu template??
Template - kain langsir eyelet sebagai guideline untuk mengelakkan tertebuk lubang tak sama tinggi atau tak sama besar..

Membuat template - kain langsir eyelet
Alatan@Barang yang diperlukan
1, Kain keras langsir
Saya beli lebar kain keras langsir (B) ialah 7 inci, tak terlalu tebal dan senang nak potong menggunakan gunting.
2. Ring Eyelet
Ada pelbagai bentuk, color, dan juga berbeza dari segi harga.
Saya beli mengikut kemampuan, harganya ialah 1 unit = RM1.50
3. Pen Marker
4. Gunting
5. Binding Clip
Cara-cara membuatnya
1. Potong kain keras langsir  mengikut lebar kain langsir samaada 60" atau 110".
Kalau menggunakan kain langsir bidang 60", potong kain keras langsir 60 inci..
Kalau menggunakan kain langsir bidang 110", potong kain keras langsir 110 inci..
Contoh kain langsir saya ialah bidang 60", saya potong panjang kain keras langsir (A) ialah 60 inci.
2. Kemudian, lipatkan kepada 2 bahagian. Lipatan tadi, lipatkan lagi kepada 2 bahagian. Lipatan tadi juga, lipatkan lagi kepada 2 bahagian..Letakkan binding clip supaya lipatan tersebut tidak bergerak..
Biasanya, kain langsir bidang 60" mempunyai ring eyelet sebanyak 8 units.
3. Letakkan ring eyelet di atas lipatan kain keras langsir. Pastikan jarak antara OD ring eyelet dan bahagian atas kain keras langsir (C) ialah 1 1/2 inci.
4. Kemudian, tandakan lubang ID ring eyelet menggunakan pen marker..Jangan potong lubang menggunakan size ID ring eyelet sebabnya tak boleh nak tutup cover ring eyelet..Jadiknya sebelum potong lubang eyelet, pastikan jarak antara ID ring eyelet dan garisan potong lubang, lebih kurang 5mm..
Template - kain langsir eyelet akan kelihatan seperti di bawah ini..

Nota saya :
Saya bukan pakar menjahit atau mengukur, minta maaf kalau tersalah sebut istilah peralatan menjahit..Sekadar untuk simpan saya untuk masa akan datang, sekiranya saya terlupa ukurannya..Kadang-kadang sesuatu yang D.I.Y (Do It Yourself) seronok juga, mencuba sesuatu yang baru..Next time, kalau ada D.I.Y langsir eyelet, saya akan sertakan gambar sebagai rujukan..


Thursday 19 January 2017

MELETOP - WANITA TERAKHIR (TEAM #lofattah)

Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.r.t. kawan2 semua..

Siapa yang tengok drama 'Suri Hati Mr Pilot' ??


Bahangnya masih lagi terasa sehingga ke hari ini..
#lofattah or #lofatah
Woww...
Siap dah ada team 'Familia Lofattah'..
Rasanya macam kaki bersemut..
Bukan drama sahaja..
Sehingga ke realiti, kaki tetap bersemut..



Sampaikan Luthfi bila tengok Fattah Amin, panggil 'Pilot la ibu!'
Sampai ke lagu 'Selamanya Cinta' (Alif Satar vs Shila Amzah) 
Luthfi tahu nyanyi, tapi dalam bahasa dia lah..
Diam-diam, kami dah termasuk group #lofattah #doayangbaikbaik
Alahai...

MELETOP minggu ini paling bersemut..
Nampak seperti ada cinta antara mereka berdua...
#doayangbaikbaik

Kenapa perlu cerita pasal #lofattah or #lofatah ini..
Sejak drama 'Suri Hati Mr Pilot'...
Saya jadik follower 'Neelofa' and 'Fattah Amin"...
Saya pun tak tahu..
Pantang ada cerita mereka berdua, memang saya nak ambil tahu..
Haha..

Bila Fattah cakap lagu 'Wanita Terakhir' untuk 'Si Dia'......
Untungnyaa 'Si Dia' ada lagu, ada pula kata-kata....
Apa lagi, terus saya cari lirik lagu 'Wanita Terakhir'.

Siapa tak sempat tengok, boleh pergi kat Youtube (MELETOP)...
#1st TRENDING !!

Nabil pula suka usik Neelofa and Fattah Amin...
Episod MELETOP paling best and kebabom lah...
Asyik nak gelak sahaja tengok si Nabil ni..
Pantang ada peluang...
Ada sahaja nak kenakan orang...
Parodi MELETOP pula..Jihan and syuk..
Tengok lah sendir...Haha


...........

Puisi Fattah Amin di MELETOP....
Romantik habis..bersemut kaki saya...

Ada setengah orang menggambarkan perasaan dengan lagu...
Ada setengah orang menggambarkan perasaan dengan perbuatan...
Tapi..
Saya menggambarkan perasaan saya dengan kata-kata.. 

I knew from the beginning, right from the very start, that I could never forget you if we were ever apart..
When I'm with you, looking into your eyes, I feel peaceful and at ease, hopeful and alive..
You're like, a shining star, that lights up my nights.
Everything makes sense, when you're by my side.
You're like the beaming sun, that brights up my days.
Your words and your smile drowns all my worries away.
I'm proud of who you are and the dreams that you have achieved.
You cheer me on, for all this time and in my dreams, you've always believed.
Time and time again, my heart skips a beat before each hello.
And everytime we say goodbye, it breaks my heart to watch you go...

.............................

LIRIK LAGU 'WANITA TERAKHIR'
Komposer/Lirik : Aizat Amdan, Mel Ramlan, Anas Amdan

Menjelang hari-hari bahagia kita.
Kubayang wajah indahmu bersamaku.
Disisiku kau ukir senyum manismu.
Kau masih belum milik ku lagi..

Sambutlah cintaku duhai sayang.
Cinta kita untuk selamanya.
Biarku sentuh hatimu ini.
Sendiri....

Selamat malam Wanita Terakhir.
Tak mungkin ku kan temu seindah ini.
Sampai bila ku harus menanti.
Untuk kau menjadi milikku.

Ohhhh sayang..
Sungguh sempurna.
Tiada lain ku mahu.

c/o
Sambutlah cintaku duhai sayang.
Cinta kita untuk selamanya.
Biarku sentuh hatimu ini sendiri.

Dan aku renangi lautan sepi.
Menukil kembalik bayang mu disini dalam pelukanku.
Selamanya...

c/o
Sambutlah cintaku duhai sayang.
Cinta kita untuk selamanya.
Biarku sentuh hatimu ini sendiri.

Terimalah cintaku kekasihku.
Ku impi bersamamu sehingga ke syurga.
Biar kita bahagia untuk selamanya.
Abadi..

c/o
Sambutlah cintaku duhai sayang.
Cinta kita untuk selamanya.
Biarku sentuh hatimu ini sendiri.

Selamat malam Wanita Terakhir.
Tak mungkin ku kan temu seindah ini.
Sampai bila ku harus menanti.
Untuk kau menjadi milikku.

................

NOTA SAYA
Cinta itu, datang tanpa diundang..
Mudah untuknya datang..
Mudah juga untuknya pergi..

Cinta untuk kekal abadi sehingga ke syurga..
Bercinta, biarlah kerana Allah s.w.t
Restu kedua ibu bapa..


-NORHAEN-

Friday 13 January 2017

OH LUTHFI : UMUR 4 TAHUN DAH PERGI SEKOLAH??

Bismilahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum w.r.t. kawan2 semua..

Nampak macam mudah, tapi bukan mudah kami nak buat keputusan..
Plan 2017..saya memang nak hantar Luthfi ke sekolah..
Sekolah??
Bukan Darjah 1 la, cuma tadika sahaja..
Awal tahun 2016, memang saya dah mula savings untuk Luthfi sekolah..

Umur 4 tahun dah nak hantar Luthfi sekolah??
Ikutkan Luthfi baru 3 tahun 3 bulan..
Luthfi lahir bulan November...
Ramai juga yang terkejut..
Biasanya ramai yang hantar anak seumur 5 tahun..
Setelah berbincang, pro and kontra..
Kami buat keputusan untuk hantar Luthfi ke tadika...

Pada mulanya, saya bercadang mahu menghantar Luthfi ke tadika sahaja..
Then, petang nenek boleh jaga..
Kami survey tadika berdekatan rumah nenek..
Tadika yang boleh menerima budak berumur 4 tahun..
So, kami booking kat TADIKA P..

December 2016..
Saya M/C hampir 3 minggu..
24 jam, dari pagi sehingga petang..
Luthfi sentiasa bersama saya..
Banyak masa saya luahkan dengan Luthfi...
Sedikit sebanyak baru saya faham..
Oh macam ni rupanya anak saya..
Boleh tahan jugak..
Lompat sana, lompat sini..
Lari sana, lari sini..
Biasalah anak lelaki..
Penat..yup memang penat..
Penat juga saya tengok..

Bila ibu, ayah marah, Luthfi pergi kat nenek, atok..
Bila nenek, atok marah, Luthfi pergi kat ibu, ayah..

Dan..
Saya mula berfikir, 2017 saya nak mak ayah rehat..
Saya mula survey tadika include childcare..
Disebabkan saya - Sunday off day and husband pula - Sunday off day..
Saya cari school day (Monday - Friday).
Senang sikit, nak plan balik kampung..
Biasanya, Johor school day (Sunday - Thursday)..

Ada 2 tadika include childcare..
1, TADIKA B
2, TADIKA N
Kedua-duanya harga lebih kurang sama je..

Keadaan saya tak mengizinkan untuk saya survey tadika yang lain..
Husband pula lebih berminat pada TADIKA N..
Dia juga banyak soal jawab dengan adiknya..
Adiknya pernah mengajar di TADIKA N..
Kami sekali lagi buat keputusan menghantar Luthfi di TADIKA N..

Tak banyak persiapan untuk Luthfi sekolah..
Kebanyakkan telah dimasukkan di dalam yuran tahunan termasuk alat tulis..
Beg sekolah juga dah termasuk dalam yuran sekolah..

Cabaran utama kami.......
1. Nak ke Luthfi ke sekolah?? 
Sebab Luthfi suka tinggal dengan nenek atok...
#updated
Alhamdulilah..dah nak masuk minggu ke-4..
Baru semuanya ok..Kami tak huru-hara..
Luthfi nak pergi sekolah..Tak banyak drama lagi..
2. Boleh ke Luthfi tidur awal and bangun pagi??
Sebab selalu tidur lambat, kena tutup semua lampu, baru tidur..
Then, bangun pun lambat, kena kejut banyak kali, baru bangun..
#updated
Tak perlu paksa, automatic mata memang akan terlelap dalam pukul 10-11 malam..
Memang akan tidur awal, bangun pun awal..
Kat taska, petang memang kena tidur..
3. Boleh ke Luthfi bergaul dengan kawan-kawan lain?
Sebab kat rumah, Luthfi suka main sorang2..
Kalau ada sepupu datang, seronok main sama-sama, pastu gaduh pula..
#updated
Luthfi dah pandai bergaul dengan kawan2..
Cakap tanpa henti..
Suka nyanyi and menari..dah namanya play-school kan..
Yang penting, dah tak takut dengan mamak! haha
4. Luthfi masih lagi 'potty training' , boleh ke ini?
Sebab Luthfi cakap masih tak faham sangat, bila ajak pergi toilet, dia cakap 'Luthfi dah toilet, ibu'..
Nak kena paksa pergi toilet..
#updated
Dah pandai cakap nak pergi toilet..Pandai juga uruskan diri kat toilet..
Semua benda nak buat sendiri..
Dah bujang lah anak ibu..
5. Luthfi tak kenal huruf, tak pandai tulis, tak pandai baca, boleh ke ini?
Sebab Luthfi tak tahu apa-apa, cuma tahu conteng kertas..Pegang pensel sahaja tahu..
#updated
Dah pandai baca, tapi nampak gaya macam hafal..kena tengok gambar..
Menulis, masih lagi dalam process

Bila saya listkan cabaran utama kami, saya rasakan terlalu banyak cabaran kami..
Hantar Luthfi ke tadika seawal umur 4 tahun...
List kat atas ini, antara cabaran utama..

Sampai ke hari ini, saya masih lagi bingung..
Kenapa Luthfi selalu menangis setiap kali saya hantar Luthfi ke sekolah?
Tapi...
Bila balik kerja, saya ambil Luthfi..
Luthfi happy, tak menangis, siap nyanyi lagi...
Teacher pun pelik, kat sekolah tak menangis..
So,
ALWAYS THINK POSITIVE, DON'T THINK NEGATIVE..
Hehe


NOTA SAYA

Main reason saya nak hantar Luthfi ke tadika seawal 4 tahun..
Saya cuma nak Luthfi pandai bergaul dengan kawan-kawan..
Pandai berdikari..Semuanya boleh buat sendiri...
Tak takut bila berhadapan dan cakap dengan orang, tak kira apa bangsa..

Part belajar ini, sementara ini saya tolak tepi dahulu..
Sebab Luthfi tak tahu apa-apa lagi...
Saya tak ajar apa-apa lagi..
Saya cuma suka baca buku and bercerita dengan Luthfi..
Saya cuma nak tengok apa TADIKA N bagi ilmu kat Luthfi..

Saya nak Luthfi happy ke sekolah..
Ini cuma tadika sahaja...
Jauh lagi perjalanannya...
Hurmmmm..

Perbetulkan niat, sebelum buat keputusan...

#updated
After 3 weeks, nampak semuanya positive..
Kami tak menyesal hantar Luthfi kat Tadika N..
Luthfi lebih berminat dari buku berbanding TV..
Cuma kalau cerita Ultraman ke, Gandam ke, Tobot ke..
Memang khusyuk lah..
Luthfi juga sudah pandai berkomunikasi dalam bahasa dia..
Tak kira, apa warna kulit, Luthfi tak kekok untuk berkomunikasi..
Nampak impak ke aura positive..
Syukur..Alhamdulilah..
Hehe..

-NORHAEN-