Tuesday 3 October 2017

JALAN2 : #FAMILYHONEYMOON MENIKMATI KEINDAHAN ALAM DI PULAU TIOMAN (1)

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..


Hampir dua minggu sudah berlalu, tetapi cerita Pulau Tioman masih menjadi perbualan antara kami suami isteri dan juga #luthfi_taufik, kerana boleh dikatakan tahun ini merupakan #familyhoneymoon yang mencukupi ahlinya iaitu adik-beradik husband. Ikutkan kami merancang pergi ke Pulau Tioman pada cuti sekolah, tetapi disebabkan chalet penuh, kami bertukar ke cuti umum 'Hari Malaysia' selama 
3 hari 2 malam (15hb September 2017 hingga 17th September 2017) dan terpaksalah masing-masing memohon cuti sendiri.

Adik bongsu husband, Mahirah dilantik sebagai penjaga duit keluarga dan juga perancangan bajet ke Pulau Tioman termasuk harga pakej, harga feri, duit minyak, duit makan dan lain-lain. 
Anggaran kasar lebih kurang bajet untuk seorang dewasa ialah RM400 dan bajet untuk seorang kanak-kanak di bawah 8 tahun ialah RM60.
Lebihan perbelanjaan di Pulau Tioman akan dimasukkan ke dalam akaun keluarga husband untuk next #familyhoneymoon. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada husband saya sebab dapat mengumpul bajet kami seawalnya dan sponsor saya ke Pulau Tioman, kalau tidaknyaaaa....boleh menangis kat tepi bucu katil gara-gara kena tinggal..haha.. 

Terlalu banyak moment yang best , sampai saya sendiri tidak tahu bermula dari mana hendak menulis. Saya bukannya blogger yang setia seperti kawan-kawan semua, tetapi saya rasakan blog adalah tempat yang paling best untuk saya kongsikan pengalaman saya atau sesuatu yang menarik dan boleh menjadi rujukan akan datang. 

Bagi saya, Pulau Tioman merupakan pulau yang sesuai bagi sesiapa yang ingin menenangkan fikiran, beristirehat dan juga menikamati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t tidak kira di daratan atau lautan, ianya tidak sesuai untuk shopping seperti Pulau Langkawi. 

Ada 2 stesen untuk ke Pulau Tioman, 
1) Jeti Mersing, Johor
2) Jeti Tanjung Gemok, Pahang
Ikutkan tarikh percutian kami, jadual pergi dan balik di jeti Mersing seawal 7pagi dan mungkin agak kelam kabut pengurusan untuk kami sekeluarga terutamanya anak-anak kecil untuk bangun pagi, walaupun boleh dikatakan Jeti Mersing, Johor lagi berdekatan dengan rumah mertua saya, Felcra Sungai Ara dan perjalanannya lebih kurang 1 jam. Oleh itu, kami memilih di Jeti Tanjung Gemok, Pahang kerana jadual pergi ke Pulau Tioman seawal 7pagi tetapi jadual balik lebih kurang pukul 2petang, lebih lama di Pulau Tioman, walaupun perjalanan ke Tg. Gemok lebih kurang 2 jam dari Felcra Sungai Ara.
Harga feri dari Tg. Gemok ke Pulau Tioman (one way only) untuk seorang dewasa ialah RM35, manakala untuk seorang kanak-kanak pula ialah RM30.  Harga feri dari Pulau Tioman ke Tg, Gemok pula sama juga.
Pastikan kawan-kawan semua perlu berada 1 jam awal di setiap stesen bagi mengelakkkan ketinggalan feri kerana ketibaan feri tidak diduga seperti kami, feri balik ke Tg. Gemok sampai ke Kg. Genting lebih awal dari waktunya. Nasib baik masing-masing dah bersedia nak pergi makan tengahari, tetapi tak jadi disebabkan feri sampai lebih awal.

Muka happy, tak sabar nak pergi chalet..
Alamak! Muka mak mertua tak nampak..huhu
Suasana di dalam feri dari Pulau Tioman ke Tg. Gemok
Terdapat banyak stesen dan perhentian di dalam Pulau Tioman antaranya seperti Kg. Genting, Kg. Paya, Kg. Tekek, Kg. Salang, Kg. Juara dan lain-lain.
Banyakkan kg kat Pulau Tioman ini!
Kami sekeluarga memilih di stesen KG. GENTING, PULAU TIOMAN  yang sesuai untuk seisi keluarga dan kami juga memilih chalet yang berdekatan dengan jeti feri iaitu 'GENTING GLORY BEACH RESORT'. Sesiapa yang berminat dan teringin menginap di chalet kami sekeluarga, boleh menghubungi
CIK AWANG 014-5059942 untuk keterangan lanjut mengenai harga pakej atau lain-lain. 
Bagi saya, layanan Cik Awang dan keluarga adalah terbaik!
Harga untuk boat service, call lah CIK AWANG untuk harga pakej!
Kedudukan chalet di Genting Glory Beach Resort tidak jauh daripada jeti Kg. Genting. Chaletnya yang simple dan menarik, ada yang moden, ada juga seperti rumah kampung. Selain daripada itu, ada juga kerusi yang santai untuk kita dapat melihat keindahan lautan yang sangat cantik, airnya yang hijau. Pemandangannya yang terlalu cantik. Kita juga dapat melihat suasana matahari terbenam di depan chalet ini.
Kami booking 4 chalet tau, 1 chalet untuk 1 family..Hehe

Ini chalet kami! Nampak tak #luthfi _taufik asyik main air paip je..

Perghhh.. Relax #luthfi_taufik dan abang syamir..


Apa ada di dalam chalet?? Dua katil queen, ada bilik air, ada air-con, ada heater..
Apa yang tak ada?? Tak ada TV, tak ada dapur nak masak..
Jadinya, kalau nak booking saya cadangkan sekiranya kawan-kawan ada planning nak ke Pulau Tioman, lebih baik ambil yang ada pakej sebabnya termasuk dengan makanan, snorkeling dan lain-lain.
Alhamdulilah, sarapan, makan tengahari dan juga makan malam termasuk BBQ telah disediakan. Jangan terkejut apabila membeli makanan di sana, harganya berbeza daripada tempat kawan-kawan semua, harganya mahal sedikit. Jangan lupa bekalan 1 bag makanan ringan serta minuman 3in1, dengan suasana malam yang sejuk serta bunyian ombak, perut akan terasa kerap kelaparan..Hehe..

Muka kelaparan! Bestkan #familyhoneymoon

Nota saya:
Entri seterusnya, saya lebih berkongsikan tentang cantiknya keindahan alam di lautan..
Sebenarnya entri ini dah lama saya buat draft, cuma ambil masa untuk upload gambar..
Line kat cc tak berapa cantik, bila ramai orang..




1 comment:

  1. Numpang ya bossku ^^
    Bonus Welcome Untuk New Member:
    - Bagi deposit Rp.10,000 - Rp.14,999 Bonus Rp.5.000
    - Bagi deposit Rp.15,000 - Rp.24,999 Bonus Rp.10.000
    - Bagi deposit Rp.25,000 - Rp.49,999 Bonus Rp.15.000
    - Bagi deposit Rp.50,000 - Rp.99,999 Bonus Rp.20.000
    - Bagi deposit Rp.100,000 ke atas Bonus Rp.25.000
    - Bonus next deposit 5% untuk deposit Rp.50.000
    REAL PLAYER VS PLAYER !!!

    Syarat Klaim bonus yaitu menghubungi CS kami di
    WHATSAPP : +855966139323
    BBM : KENARI00
    LIVE CHAT : KENARIPOKER . COM
    ALTERNATIVE LINK : KENARIPOKER . COM
    HANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU

    ReplyDelete