Thursday 19 January 2017

MELETOP - WANITA TERAKHIR (TEAM #lofattah)

Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.r.t. kawan2 semua..

Siapa yang tengok drama 'Suri Hati Mr Pilot' ??


Bahangnya masih lagi terasa sehingga ke hari ini..
#lofattah or #lofatah
Woww...
Siap dah ada team 'Familia Lofattah'..
Rasanya macam kaki bersemut..
Bukan drama sahaja..
Sehingga ke realiti, kaki tetap bersemut..



Sampaikan Luthfi bila tengok Fattah Amin, panggil 'Pilot la ibu!'
Sampai ke lagu 'Selamanya Cinta' (Alif Satar vs Shila Amzah) 
Luthfi tahu nyanyi, tapi dalam bahasa dia lah..
Diam-diam, kami dah termasuk group #lofattah #doayangbaikbaik
Alahai...

MELETOP minggu ini paling bersemut..
Nampak seperti ada cinta antara mereka berdua...
#doayangbaikbaik

Kenapa perlu cerita pasal #lofattah or #lofatah ini..
Sejak drama 'Suri Hati Mr Pilot'...
Saya jadik follower 'Neelofa' and 'Fattah Amin"...
Saya pun tak tahu..
Pantang ada cerita mereka berdua, memang saya nak ambil tahu..
Haha..

Bila Fattah cakap lagu 'Wanita Terakhir' untuk 'Si Dia'......
Untungnyaa 'Si Dia' ada lagu, ada pula kata-kata....
Apa lagi, terus saya cari lirik lagu 'Wanita Terakhir'.

Siapa tak sempat tengok, boleh pergi kat Youtube (MELETOP)...
#1st TRENDING !!

Nabil pula suka usik Neelofa and Fattah Amin...
Episod MELETOP paling best and kebabom lah...
Asyik nak gelak sahaja tengok si Nabil ni..
Pantang ada peluang...
Ada sahaja nak kenakan orang...
Parodi MELETOP pula..Jihan and syuk..
Tengok lah sendir...Haha


...........

Puisi Fattah Amin di MELETOP....
Romantik habis..bersemut kaki saya...

Ada setengah orang menggambarkan perasaan dengan lagu...
Ada setengah orang menggambarkan perasaan dengan perbuatan...
Tapi..
Saya menggambarkan perasaan saya dengan kata-kata.. 

I knew from the beginning, right from the very start, that I could never forget you if we were ever apart..
When I'm with you, looking into your eyes, I feel peaceful and at ease, hopeful and alive..
You're like, a shining star, that lights up my nights.
Everything makes sense, when you're by my side.
You're like the beaming sun, that brights up my days.
Your words and your smile drowns all my worries away.
I'm proud of who you are and the dreams that you have achieved.
You cheer me on, for all this time and in my dreams, you've always believed.
Time and time again, my heart skips a beat before each hello.
And everytime we say goodbye, it breaks my heart to watch you go...

.............................

LIRIK LAGU 'WANITA TERAKHIR'
Komposer/Lirik : Aizat Amdan, Mel Ramlan, Anas Amdan

Menjelang hari-hari bahagia kita.
Kubayang wajah indahmu bersamaku.
Disisiku kau ukir senyum manismu.
Kau masih belum milik ku lagi..

Sambutlah cintaku duhai sayang.
Cinta kita untuk selamanya.
Biarku sentuh hatimu ini.
Sendiri....

Selamat malam Wanita Terakhir.
Tak mungkin ku kan temu seindah ini.
Sampai bila ku harus menanti.
Untuk kau menjadi milikku.

Ohhhh sayang..
Sungguh sempurna.
Tiada lain ku mahu.

c/o
Sambutlah cintaku duhai sayang.
Cinta kita untuk selamanya.
Biarku sentuh hatimu ini sendiri.

Dan aku renangi lautan sepi.
Menukil kembalik bayang mu disini dalam pelukanku.
Selamanya...

c/o
Sambutlah cintaku duhai sayang.
Cinta kita untuk selamanya.
Biarku sentuh hatimu ini sendiri.

Terimalah cintaku kekasihku.
Ku impi bersamamu sehingga ke syurga.
Biar kita bahagia untuk selamanya.
Abadi..

c/o
Sambutlah cintaku duhai sayang.
Cinta kita untuk selamanya.
Biarku sentuh hatimu ini sendiri.

Selamat malam Wanita Terakhir.
Tak mungkin ku kan temu seindah ini.
Sampai bila ku harus menanti.
Untuk kau menjadi milikku.

................

NOTA SAYA
Cinta itu, datang tanpa diundang..
Mudah untuknya datang..
Mudah juga untuknya pergi..

Cinta untuk kekal abadi sehingga ke syurga..
Bercinta, biarlah kerana Allah s.w.t
Restu kedua ibu bapa..


-NORHAEN-

Friday 13 January 2017

OH LUTHFI : UMUR 4 TAHUN DAH PERGI SEKOLAH??

Bismilahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum w.r.t. kawan2 semua..

Nampak macam mudah, tapi bukan mudah kami nak buat keputusan..
Plan 2017..saya memang nak hantar Luthfi ke sekolah..
Sekolah??
Bukan Darjah 1 la, cuma tadika sahaja..
Awal tahun 2016, memang saya dah mula savings untuk Luthfi sekolah..

Umur 4 tahun dah nak hantar Luthfi sekolah??
Ikutkan Luthfi baru 3 tahun 3 bulan..
Luthfi lahir bulan November...
Ramai juga yang terkejut..
Biasanya ramai yang hantar anak seumur 5 tahun..
Setelah berbincang, pro and kontra..
Kami buat keputusan untuk hantar Luthfi ke tadika...

Pada mulanya, saya bercadang mahu menghantar Luthfi ke tadika sahaja..
Then, petang nenek boleh jaga..
Kami survey tadika berdekatan rumah nenek..
Tadika yang boleh menerima budak berumur 4 tahun..
So, kami booking kat TADIKA P..

December 2016..
Saya M/C hampir 3 minggu..
24 jam, dari pagi sehingga petang..
Luthfi sentiasa bersama saya..
Banyak masa saya luahkan dengan Luthfi...
Sedikit sebanyak baru saya faham..
Oh macam ni rupanya anak saya..
Boleh tahan jugak..
Lompat sana, lompat sini..
Lari sana, lari sini..
Biasalah anak lelaki..
Penat..yup memang penat..
Penat juga saya tengok..

Bila ibu, ayah marah, Luthfi pergi kat nenek, atok..
Bila nenek, atok marah, Luthfi pergi kat ibu, ayah..

Dan..
Saya mula berfikir, 2017 saya nak mak ayah rehat..
Saya mula survey tadika include childcare..
Disebabkan saya - Sunday off day and husband pula - Sunday off day..
Saya cari school day (Monday - Friday).
Senang sikit, nak plan balik kampung..
Biasanya, Johor school day (Sunday - Thursday)..

Ada 2 tadika include childcare..
1, TADIKA B
2, TADIKA N
Kedua-duanya harga lebih kurang sama je..

Keadaan saya tak mengizinkan untuk saya survey tadika yang lain..
Husband pula lebih berminat pada TADIKA N..
Dia juga banyak soal jawab dengan adiknya..
Adiknya pernah mengajar di TADIKA N..
Kami sekali lagi buat keputusan menghantar Luthfi di TADIKA N..

Tak banyak persiapan untuk Luthfi sekolah..
Kebanyakkan telah dimasukkan di dalam yuran tahunan termasuk alat tulis..
Beg sekolah juga dah termasuk dalam yuran sekolah..

Cabaran utama kami.......
1. Nak ke Luthfi ke sekolah?? 
Sebab Luthfi suka tinggal dengan nenek atok...
#updated
Alhamdulilah..dah nak masuk minggu ke-4..
Baru semuanya ok..Kami tak huru-hara..
Luthfi nak pergi sekolah..Tak banyak drama lagi..
2. Boleh ke Luthfi tidur awal and bangun pagi??
Sebab selalu tidur lambat, kena tutup semua lampu, baru tidur..
Then, bangun pun lambat, kena kejut banyak kali, baru bangun..
#updated
Tak perlu paksa, automatic mata memang akan terlelap dalam pukul 10-11 malam..
Memang akan tidur awal, bangun pun awal..
Kat taska, petang memang kena tidur..
3. Boleh ke Luthfi bergaul dengan kawan-kawan lain?
Sebab kat rumah, Luthfi suka main sorang2..
Kalau ada sepupu datang, seronok main sama-sama, pastu gaduh pula..
#updated
Luthfi dah pandai bergaul dengan kawan2..
Cakap tanpa henti..
Suka nyanyi and menari..dah namanya play-school kan..
Yang penting, dah tak takut dengan mamak! haha
4. Luthfi masih lagi 'potty training' , boleh ke ini?
Sebab Luthfi cakap masih tak faham sangat, bila ajak pergi toilet, dia cakap 'Luthfi dah toilet, ibu'..
Nak kena paksa pergi toilet..
#updated
Dah pandai cakap nak pergi toilet..Pandai juga uruskan diri kat toilet..
Semua benda nak buat sendiri..
Dah bujang lah anak ibu..
5. Luthfi tak kenal huruf, tak pandai tulis, tak pandai baca, boleh ke ini?
Sebab Luthfi tak tahu apa-apa, cuma tahu conteng kertas..Pegang pensel sahaja tahu..
#updated
Dah pandai baca, tapi nampak gaya macam hafal..kena tengok gambar..
Menulis, masih lagi dalam process

Bila saya listkan cabaran utama kami, saya rasakan terlalu banyak cabaran kami..
Hantar Luthfi ke tadika seawal umur 4 tahun...
List kat atas ini, antara cabaran utama..

Sampai ke hari ini, saya masih lagi bingung..
Kenapa Luthfi selalu menangis setiap kali saya hantar Luthfi ke sekolah?
Tapi...
Bila balik kerja, saya ambil Luthfi..
Luthfi happy, tak menangis, siap nyanyi lagi...
Teacher pun pelik, kat sekolah tak menangis..
So,
ALWAYS THINK POSITIVE, DON'T THINK NEGATIVE..
Hehe


NOTA SAYA

Main reason saya nak hantar Luthfi ke tadika seawal 4 tahun..
Saya cuma nak Luthfi pandai bergaul dengan kawan-kawan..
Pandai berdikari..Semuanya boleh buat sendiri...
Tak takut bila berhadapan dan cakap dengan orang, tak kira apa bangsa..

Part belajar ini, sementara ini saya tolak tepi dahulu..
Sebab Luthfi tak tahu apa-apa lagi...
Saya tak ajar apa-apa lagi..
Saya cuma suka baca buku and bercerita dengan Luthfi..
Saya cuma nak tengok apa TADIKA N bagi ilmu kat Luthfi..

Saya nak Luthfi happy ke sekolah..
Ini cuma tadika sahaja...
Jauh lagi perjalanannya...
Hurmmmm..

Perbetulkan niat, sebelum buat keputusan...

#updated
After 3 weeks, nampak semuanya positive..
Kami tak menyesal hantar Luthfi kat Tadika N..
Luthfi lebih berminat dari buku berbanding TV..
Cuma kalau cerita Ultraman ke, Gandam ke, Tobot ke..
Memang khusyuk lah..
Luthfi juga sudah pandai berkomunikasi dalam bahasa dia..
Tak kira, apa warna kulit, Luthfi tak kekok untuk berkomunikasi..
Nampak impak ke aura positive..
Syukur..Alhamdulilah..
Hehe..

-NORHAEN-






Tuesday 10 January 2017

SELAMAT TINGGAL 2016, SELAMAT DATANG 2017


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum kawan2..

2016 
Sudah berlalu..cepat sungguh masa berlalu..
Saya sudah pun masuk 3series..
Banyak kenangan manis, pahit, masin, and masam..
Semuanya menjadi memory terindah..

Siapa sangka..
Permulaan dengan khabar gembira..
Period lambat 2 weeks, saya excited..
Saya pergi klinik, untuk check air kencing..
Then, doktor bagitau saya pregnant..
Alhamdulilah, saya bersyukur sangat..
Memang sudah lama saya inginkan..
Saya terus booking date nak buat buku mengandung kat klinik kerajaan..

Sehari sebelum date saya buat buku mengandung..
Tanpa disangka..
Diakhiri dengan khabar dukacita..
Tiba-tiba, saya pergi toilet..
Saya tengok darah kat seluar..
Bleeding ke saya ni?
Saya menangis tanpa henti..
Saya cakap mak, saya takut..
Mak pesan, sabar apa yang berlaku, kena redha..
Hati saya tak sedap..
Takut kejadiaan December 2014, akan berulang lagi..

Siapa kita, untuk menidakkan segala ujian Allah s.w.t
Sebab Allah Maha Mengetahui apa yang surat dan tersirat..
December 2016..
Saya keguguran buat kali kedua..
Kandungan sudah masuk 2 bulan..
Kali ini berbeza, saya makan ubat duphaston..
Ubat kuat rahim..
Setiap kali saya makan, perut saya rasa sakit..
Saya tergerak hati untuk berhenti makan ubat tersebut..
Keesokkan harinya, saya baring dan bangun untuk ke toilet..
Tiba-tiba ada sesuatu keluar..
Hah..
Apakah itu??
Mungkin.........Perut dah tak sakit lagi ini..
Bukan rezeki kami..

Alhamdulilah..
Saya bersyukur sangat2..
Berlaku 15 minit sebelum husband nak pergi kerja shift malam..
Adanya suami kat sisi saya..
Hantar pergi hospital..
Kalau tak huru hara jugak lah..
Perancangan Allah s.w.t adalah sebaik-baiknya..
Saya redha..
Sabar..Semoga yang berlaku ada hikmahnya..
Insyaallah ada rezeki lain, Allah s.w.t berikan..
Be positive..

2017...
Selepas apa yang berlaku..
Saya and husband nak hantar Luthfi ke tadika include day care..
Nenek peah and tok leman dah tak jaga Luthfi lagi..
Hari ini dah nak masuk seminggu lebih Luthfi ke tadika..
Pergi, mesti menangis and ada sahaja drama pagi..
Lagi-lagi depan gate tadika..
"Luthfi nak duduk dengan nenek, atok!"
Kesian ada jugak, tapi..
Saya mahu Luthfi bergaul dengan kawan-kawan..
Tak takut dan tak malu bila berhadapan orang..
Belajar berdikari..

Bukan mudah, dari baby lagi..
Memang Luthfi dibesarkan dengan nenek, atok..
Kadang-kadang tidur pun dengan nenek, atok..
Tahun ini, ikutkan plan, memang saya akan pindahkan rumah, rumah sendiri..
Insyaallah dalam bulan 3..
Jadinya perlahan-lahan, saya hantar Luthfi ke tadika..

Azam tahun ini...
Hantar Luthfi ke sekolah
Hehe..


NOTA SAYA..
Percayalah...
Setiap apa yang berlaku, ada hikmahnyaa..
Perancangan Allah s.w.t adalah sebaik-baiknya...
Kerana Allah Maha Mengetahui..

Be positive and redhaa..


-Norhaen-