Friday 31 October 2014

Kami Anak JOHOR!!

Assalamualaikum semua!!

Alhamdulilah...
Bersyukur ke hadrat Allah SWT masih lagi diberikan kesempatan untuk berblogging..
Hari ini 31/10/2014..Penghujung bulan Oktober...
Selamat tinggal Oktober!!

Welcome November!!
Esok adalah 01/11/2014..
FINAL PIALA MALAYSIA..
JDT (Johor Darul Takzim) vs PAHANG..
Selama 23 tahun penantian..
JDT ke final Piala Malaysia juga..
Good luck JDT!!
Mudahan malam esok ada rezeki untuk JOHOR..
dan kami...
akan dapat cuti...hoyehh!!


SAYA BANGGA JADI ANAK JOHOR!!

Siapa anak jati JOHOR? Sila angkat!! hehe
SAYA!! 
Saya anak JOHOR.. Saya bangga jadi anak JOHOR..
Dilahirkan di Johor Bahru.. Dibesarkan juga di Johor Bahru..
Sekolah rendah dan menengah di Johor Bahru..
Sambung belajar juga di Johor Bahru..
Suami saya orang kota tinggi, JOHOR BAHRU..
Kami memang orang anak JOHOR!!
Boleh memohon eRumahJohor.
Hoyeh!!!


Kepada anak-anak JOHOR di luar sana,

Jom cepat-cepat buat permohonan dan pendaftaran
eRumahJohor (Sistem Pendaftaran Rumah Mampu Milik Negeri Johor)

http://erumah.johor.gov.my/

Masih ada masa lagi.. Tak ada tarikh luput.. Boleh mendaftar bila-bila masa..
Jangan lambat..

Sebelum daftar permohonan..
Sila baca syarat-syarat kelayakan permohonan di bawah ini..
Pastikan anda layak memohon!!

1. Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun ke atas.
2. Berkahwin/bujang layak memohon
3. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
4. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B.
5. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ.
6. Pemohon/pasangan yang telah memili rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon.
7. Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL.
8. Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAH yang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
9. Permohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.

# Sime Darby Property Berhad akan bina 733 unit buah rumah mampu milik di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. Pada 25/10/2014 (Awal Muharram) , Menteri Besar Johor, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin telah melancarkan fasa pertama sebanyak 171 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang di bawah pemaju Sime Darby Property Berhad.  Siapa berminat, masih ada masa lagi untuk memohon.. Mana tahu ada rezeki kita..

Thursday 16 October 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!

Tuesday 14 October 2014

Cerita Semalam : Special Date

Assalammualaikum semua!!!

Sihat tak? Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menulis blog walaupun blog saya ini agak la sunyi sepi.. Hehe..

Kalau ditanya tarikh apa paling special..
Saya akan cakap tarikh ulang tahun perkahwinan la!!
Terlalu double special.. Kenangan manis.. Tarikh kami disatukan..

14.10.14 
Nampak cantik kan tarikh semalam..Hehe.. 
Rupanya pejam celik, pejam celik..
Sudah masuk 2 tahun saya menjadi isteri kepada Muhammad Taufik bin Misnoh.. 

Bila imbas kembali tarikh 14.10.12, 
Teringat saya dan en. suami bernikah dan bersanding pada hari sama.
Bak kata orang tarikh keramat..
WAJIB ingat, nanti isteri merajuk apabila si suami lupa tarikh ini..
Hehe..

saat yang berdebar-debar..

guestbook ini masih lagi saya simpan..buat kenangan..nak tunjuk anak, cucu,cicit..
tetapi tak pasti masih sama ke tak rupanya..


BUAT SUAMI TERSAYANG
Selamat ulang tahun ke-2..
Sayang awak sangat2..
Terima kasih sebab sudi menerima ketidaksempurnaan saya sebagai seorang isteri..
Perlahan demi perlahan saya cuba berkayuh melangkah menjadi isteri solehah dan terbaik di mata awak..
Mudahan bertambah lagi kasih sayang pada awak, menempis segala kekurangan diri awak 
dan saya menerima awak seadaanya. 
Terima kasih kerana cuba menjadi menjadi suami yang terbaik..
Ayah yang terbaik buat anak kita, Muhammad Luthfi bin Muhammad Taufik.
Kita bersama-sama mendidik anak-anak kita menjadi anak soleh dan solehah didunia dan akhirat..
Semoga Allah memberkati dan merahmati hubungan kita sehingga ke syurga firdaus..
Amin..


Semalam en. suami bawa kami anak-beranak jalan-jalan bandar dan belanja makan kat kafe Pot's Kitchen. Lokasinya kat tepi jalan besar je, bersebelahan Blaze kat area danga bay. Ini kira celebrate la..Hehe..Best sangat tempat ini, semuanya unik, menarik dan kreatif.. Rasa santai dan more relax la..Nampak macam old school style.. Pekerja kat sini sangat friendly, tak sombong, sentiasa senyum.. Makanan memang sedap sangat! Tapi harga jangan tanya la, kena tengok sendiri.. Hehe.. Jangan makan selalu, tetapi sekali-sekala tak salah makan kat sana..Lebih lanjut boleh tgk website http://pots.my/#about-us


Terima kasih sayang!!