Wednesday 25 October 2017

RESEPI : LEMPENG BUJANG!

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..

Kalau rasa malas masak, saya lebih suka buat LEMPENG BUJANG!
Mudah dan senang....Kenyang jugak..
Orang nak diet pun boleh makan..
Jom jenguk resepi semudah ABC!!
Hihi..

BAHAN-BAHAN

2 cawan - TEPUNG GANDUM
2 cawan - AIR
1/2 sudu besar - MARJERIN, guna minyak masak pun boleh
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA

1. Blender semua bahan2nya sehingga sebati.

2. Panaskan kuali dengan api yang sederhana, sapukan sedikit minyak menggunakan tisu di dalam kuali.

3. Kebesaran lempeng mengikut senduk yang digunakan, saya lebih selesa menggunakan senduk yang besar. 1 senduk besar untuk 1 lempeng.

4. Ada 2 cara membuat lempeng,
a) bermula dari tengah, tuangkan 1 senduk besar ke tengah kuali, gunakan belakang senduk dan pusingkan 360 darjah dari tengah ke sekeliling sehingga lapisan menjadi nipis dan mengikut kebesarn lempeng yang kita mahukan.
b) bermula dari sekeliling, tuangkan 1 senduk besar ke sekeliling kuali, gunakan belakang senduk dan pusingkan 360 darjah dari sekeliling ke tengah sehingga lapisan menjadi nipis.

5. Biarkan seketika sehingga tepi lempeng terangkat ke atas, bermakna lempeng dah masak dan boleh di balik ke bawah sekejap.

6. Tadaaa...Sudah siap lempengnyaaa..1 adunan ni boleh untuk 3-4 orang makan sekali jalan..hihi..

Mak saya cakap namanya lempeng bujang..hihi
Sedap dimakan dengan kari ayam!! Sambal tumis ikan bilis pun sedap!!
Nyummmmm.. Selamat mencuba!!

Sedap!! Kari ayam mamak.. Nyummmmm

NOTA SAYA :
Sekiranya tak ada marjerin, boleh juga digantikan dengan minyak masak sedikit sahaja, tujuan untuk mengelakkan lempeng melekat di dalam kuali dan pastikan ianya diblender dengan semua bahan-bahan di atas. Telur pula untuk melembutkan lempeng, kalau tak nak letak pun tak apa macam saya dan terpulang kepada kawan-kawan semua..
Saya tak nak letak telur disebabkan ayah saya kakinya masih lagi luka, dan pantang makan telur..hihi