Tuesday 18 October 2016

RUMAH KAMI (TH) : PERMOHONAN PEMASANGAN METER TNB

Assalammualaikum
Selamat Sejahtera
Image result for bismillah
Walaupun boleh dikatakan lebih kurang sebulan dapat kunci rumah, tetapi pemasangan meter TNB masih belum boleh dilakukan disebabkan masalah TNB system. Dipendekkan cerita, sambil jalan-jalan tengok rumah kat area sana, kami perhatikan ada beberapa pemilik rumah telah mempunyai meter TNB.

Saya malas nak keluar waktu office and terkejar-kejar ke sana ke sini, jadinya saya ambil cuti untuk menguruskan segala urusan berkaitan rumah. Sebelum nak redah ke TNB yang berdekatan, saya call TNB Careline 1300 88 5454 (saya dapat daripada FB TNB Careline) untuk bertanyakan document apa yang perlu di bawa dan anggaran kos untuk pemasangan meter TNB.

Maklumat yang saya dapat dari TNB Careline ialah :-
a) Document yang perlu disediakan,
- Salinan Sales & Purchase Agreement (S&P)
- Salinan I/C pemilik
- Salinan I/C saksi
- Deposit Pemasangan Meter (Rumah Setingkat) + Setem Hasil + Pemasangan Meter (Anggaran lebih kurang RM500 - RM600)
b) Bawa document yang diperlukan ke TNB berdekatan untuk proses seterusnya.

Saya masih ada perasan was-was dengan maklumat TNB Careline, kemudian saya tergerak hati untuk telefon pihak pemaju, bagi memastikan tiada pencanggahan maklumat untuk mengelakkan berulang-alik ke TNB gara-gara document tidak mencukupi..

Saya call pihak pemaju dan bertanya bagaimana proses permohonan permasangan meter TNB disebabkan saya perhatikan banyak pemilik rumah telah membuat pemasangan meter TNB..Apabila saya mula bertanya banyak soalan, wakil pihak pemaju menjawab dengan nada suara yang marah..Saya mengulangi semula apa yang dicakapkannnya..Apa yang penting saya dapat maklumat yang saya mahukan..Maaf pihak pemaju..Hehe..

Maklumat yang saya dapat dari pihak pemaju berbeza sedikit dari TNB Careline seperti dibawah ini:-
a) Document yang perlu disediakan,
- Salinan Sales & Purchase Agreement (S&P)
- Salinan I/C pemilik
- Salinan I/C saksi
Document tersebut perlu dihantar ke pejabat kontraktor elektrik (pihak pemaju) untuk pendaftaran permohonan meter TNB secara online..Tiada bayaran yang dikenakan, pihak pemaju akan menguruskan bayaran pada kontraktor elektrik disebabkan dilakukan secara kelompok..Dalam hati, alhamdulilah..Hehe..

Taman Tasek

b) Setelah selesai pendaftaran permohonan pemasangan meter TNB secara online, pihak kontraktor elektrik memberikan document yang perlu dihantarkan ke TNB berdekatan termasuk document yang kita sediakan serta surat dari kontraktor elektrik (pihak pemaju) untuk proses seterusnya..
c) Document tersebut perlu dihantar ke TNB berdekatan dengan rumah yang dibeli (kalau tak pasti, boleh tanya pada pihak kontraktor elektrik) serta perlu membuat pembayaran untuk Deposit Pemasangan Meter (Rumah Setingkat) RM250 + Setem Hasil RM10..
TNB Masai
Waktu Urusan TNB
d) Resit pembayaran meter TNB hendaklah dihantar pada pihak pemaju untuk proses seterusnya..

Apa yang saya faham, kontraktor TNB dan kontraktor elektrik (pihak pemaju) adalah berbeza..Contohnya, kontraktor TNB hanya membuat pemasangan meter TNB sahaja. Setelah pemasangan meter TNB, barulah kontraktor elektrik (pihak pemaju) akan membuat pemasangan fius pada meter TNB untuk membolehkan penggunaan elektrik..

Banyak kesilapan dari pemilik rumah, selepas membuat pembayaran di TNB, tidak memberikan resit pembayaran pada pihak pemaju..Jadinya, pemasangan meter TNB telah dibuat, tetapi tidak dapat menggunakan elektrik kerana ketiadaan fius.

Kenapa TNB Careline memberi maklumat kos pemasangan meter anggaran lebih kurang RM500-RM600, manakala pihak pemaju memberi maklumat anggaran lebih kurang RM260?? Mungkin disebabkan rumah baru yang dibeli dari pihak pemaju, ada kontraktor elektrik sendiri dan telah juga termasuk kos berkaitan elektrik.

#Note
Bagi kawan-kawan, yang ingin membuat permohonan pemasangan meter TNB untuk rumah baru, pastikan call dahulu pihak pemaju bertanya proses pemasangan meter TNB. Jangan main redah kat TNB berdekatan..Hehe.

Untuk permohonan pemasangan SAJ meter pula telah diuruskan oleh pihak pemaju sebelum dapat kunci..

Alhamdulilah, semua telah selesai. Husband masih lagi buat re-wiring rumah..

Saturday 1 October 2016

RUMAH KAMI (TH) : KIPAS SILING atau CEILING FAN

Assalamualaikum..
Selamat Sejahtera..

Alhamdulilah, saya sangat bersyukur, husband saya pandai wiring..Sebelum kami membeli barang-barnag wiring, kami juga listkan berapa banyak kipas yang kami perlukan..Hasilkan perbincangan laki bini, kami membuat keputusan nak beli kipas siling sahaja..Jumlah kipas siling - 5 units..Ruang tamu and ruang makan - 2 units..Ada 3 bilik, setiap bilik ada 1 unit..

Husband saya lebih berminat pada brand Panasonic (Bayu) dan brand (KDK) untuk kipas siling..Berdasarkan pemerhatiannya, ada juga bentuk kipas sama tapi brand lain, harganya juga lebih murah, kipas moto ada warranty 5 tahun..Walaupun ada setengah kedai  bagitau, brand KDK dibuat di China, husband saya tetap percaya pada brand KDK..Kenapa KDK pilihan dihati, sebabnya kipas mak mentua masih lagi elok kat kampung..Kipas kat rumah mak saya, brand lain tapi cantik lah kipasnya, tak rasanya sangat, walaupun high speed..Terpaksa tambah lagi kipas berdiri..Jadiknya saya akur pilihan my husband..KDK pilihan hatinya..Mungkin dia lebih tahu, sebab ini adalah bidang dia.

Saya mula survey kat website KDK, sebab nak tahu jenis-jenis ceiling fan..Terdapat 2 jenis kipas siling, regulator type dan remote control type..Kipas cantik lah..Remote control type juga, ada yang 3 bilah, 4 bilah, 5 bilah..Ada juga 3 speed, 5 speed..Ada juga jenis yang ada lampu...Setiap jenis kipas siling, ada baiknya dan juga ada buruknya..Peningkan nak pilih kipas siling ini.

Pilihan husband saya, mahu 5 bilah dan 5 speed..
Pilhan saya, tak kisah lah asalkan bukan color putih..

Untuk ruang tamu dan ruang makan, kami memilih remote control type...
Brand : KDK
Type : V Touch, K15Y2-CO (150cm/60")
Harga : RM584.00

Untuk bilik tidur pula, kami memilih regulator type..
Brand : KDK
Type : Regulator, K15V0-PBR (150cm/60")
Harga : RM180.00

Ruang tamu dan ruang makan, RM584.00 X 2 = RM1,168
Bilik tidur, RM180.00 X 3 = RM540
Total : RM1,708.00
Woww....mudahan murah rezeki kami...hehe...

Harga kipas siling saya tengok kat website KDK..Saya belum survey kat kedai2 elektrik lagi..Mungkin lebih murah ataupun lebih mahal..Bila dah jumpa apa yang diinginkan, yang penting, kami kena berusaha simpan duit nak beli kipas..Nanti kami updated kat kedai mana beli..Target nak pasang kipas siling dan lampu downlight , bulan November ini..

Bak kata husband, buat masa ini simpan hasrat nak pakai aircond...Nanti nak beli kipas mahal...hehe..

Next...Mesin basuh idaman saya pula..

Friday 26 August 2016

RUMAH KAMI (TH) : TINTED & GRILL

Assalammualaikum
Selamat Sejahtera
Image result for bismillah
Banyak benda saya nak share kat blog ini..
Insyaallah..Mudahan ada sedikit kerajinan..
.
Sejak dapat kunci rumah baru..
Banyak benda nak difikirkan dan dikongsikan..
Jadik banyak info saya dapat dari en google ini..
Adakalanya dari kawan-kawan lain..
.
Tak salah juga saya nak kongsikan cerita saya..
Untuk diri sendiri dan rujukan orang lain.
Semoga berguna untuk anda..
.
Dulu kahwin, saya ada buku and checklist..
Rajin juga google for reference.
.
Masuk rumah baru, seperti kahwin juga.
Duit keluar macam air..
Duitnya pulak tak ada lah setinggi gunung..
So, kami kena buat planning.
Kena ada checklist..
Mana yang penting, mana yang kemudian..
Ada masa insyaallah, saya akan updated checklist..
.
Apa yang penting, 1st dapat kunci rumah, kena check defect..
Kemudian, kena pasang tinted and grill rumah.
Setelah dapat kunci rumah, 100% dibawah tangan kita..
.
Misi mencari kontaktor tinted and grill rumah baru bermula..
Rasanya tak perlu nak mencari..
Sebab kontraktor sekarang dah pandai marketing..
Mana-mana kawasan perumahan baru sahaja..
Bila tahu dah ambil kunci rumah..
Dorang akan standby kat kawasan perumahan baru..
Bila kita buka gate..
Dorang terus serbu..
Husband saya cakap dah macam artis..
.
TINTED


Tinted rumah seeloknya dipasang, sebelum pasang grill rumah.
Kerja pemasangan tinted jadik mudah, dan harganya murah.
Kalau grill rumah sudah pasang, harga tinted akan jadik mahal.
Disebabkan kesukaran untuk kerja pemasangan tinted.

Husband nak pasang sendiri, bukan saya tak nak.
Sebab saya risau lain jadiknya, yelah orang tak pernah pasang.
Sedangkan tinted kereta pasang kat kedai.
Selepas gaduh manja seharian.
Kami buat keputusan suruh kontraktor sahaja pasangkan.

Kontraktor A
(Cina)
Harga Offer RM600
Booking RM30
Deposit RM300
Balance : Bayar lepas dah siap pasang

Color : Hijau

Husband dah tanya kawan-kawan dia, rumah setingkat dapat harga tinted RM600 kira murah lah.
Disebabkan kesabaran salesman ini, menjawab segala pertanyaan mengarut husband saya.
Jadiknya kami terima harga offer dari dia, terus booking.

Boleh sahaja pasang awal, tapi kena tunggu husband kerja malam..
Sebab husband saya jenis suka monitor orang buat kerja.
Agak cerewet la orangnya.

Plan pasang tinted : 1st week of September 2016
Actual : 2nd September 2016 

GRILL RUMAH

Sebelum husband nak pergi booking grill rumah.
Malam tu saya sanggup tidur lambat semata-mata refer en google.
Jenis-jenis grill rumah.
Jadik pening lak, sebab saya tak faham sangat.

So saya cuma sediakan checklist or soalan.
Bila husband saya jumpa kontraktor grill, saya suruh tanya kat checklist bawah ini.
1. Latest design grill rumah.
(Kebanyakkan ramai yang order design macam main dam, design melintang)
2. Material grill mana yang lebih baik selain stainless steel
(Wrought iron bagus juga tapi mahal, atau mild steel tapi paint wrought iron)
Saya tanya husband wrought iron itu jenis apa, dia cakap dari habuk besi..
Hurmm, saya kena premm ke ni..hehe
3. Mana type of grill yang lebih safety.
(Jenis steel yang berat and tebal)
Husband cakap jenis yang petak lebih baik, tak payah bunga-bunga.
Sebab katanya bunga-bunga senang nak patahkan,,
Hurmmm, macam kena premmm lagi ini..hehe
4. Tanya jenis paint, mana yang lebih baik dan tahan lasak
Powder coating nampak cantik, tapi yang tahan lama cat wrought iron.
Sebenarnya ikut persekitaran rumah dan juga penggunaan kita macam.
Jenis macam rumah saya, dekat dengan kilang.
Tak tahu la berapa lamanya bertahan..
5. Harga kami tak kesah, yang penting bawah RM3000. 
Tak leh lebih bajet, sebab duitnya nak ke awning.

Kontraktor B
(Melayu)
Harga Offer RM2200
Booking RM30
Balance : Bayar lepas dah siap pasang

Jenis Paint : Wrought Iron
Color : Brown

Kontraktor B ini, dia lah salesman dan dia lah owner.
Dari 1st day tengok rumah, husband saya sudah terpikat dengan harga offer brother ini bagi..
Sebab husband saya ada juga tanya kawan-kawan dia.
Ramai yang cakap murah, sebab kontraktor ini buat sekelompok.

Plan pasang grill rumah : 2nd week of September 2016
Actual : 3rd September 2016

Pada masa yang sama, saya cakap dengan husband nak tengok kedai dia..
So saya nak tengok hasil kerja pekerja dia.
Nampak hasil kerjanya kemas dan cantik.
Cuma untuk coating hantar tempat lain.
Patutlah brother tu cakap boleh siap 2 weeks..

Masa terjah kedai kontraktor B ini, pekerjanya tengah buat design ini (design dam).
Hasilnya saya akan updated kemudian, mudahan kontraktor B ini menunaikan janji. 
Kami tak bayar deposit.
After siap pasang grill rumah kami akan bayar full payment.
Brother itu cakap tak kisah.
Kami nak bantu juga kontraktor melayu ini.

Semoga semuanya dipermudahkan segala urusan..

Tinted and grill rumah 100% husband saya yang deal dengan kontraktor.
Kami akan bincang sama-sama, and buat keputusan.
Kadang-kadang ada sikit gaduh manja..
Saya nak tinted hijau, husband nak tinted hitam.

 

Saya nak grill belakang rumah, tutup 3/4.
Husband pulak, nak grill belakang rumah, tutup 1/2.

Akhirnya, apa yang saya nak, husband layankan sahaja.
Hah, tu namanya sayang bini.
Bukan takut bini..

Next planning, AWNING RUMAH.

#rumahkami

#updated
Husband saya cakap, uncle tinted and abang grill buat kerja kemas. 
Cuma dari segi material grill, husband macam tak puas hati..
Disebabkan itu, husband pergi melawat jiran2 yang dah buat grill rumah dengan kontraktor lain..
Yup..memang betoi..
Kualiti besi sekarang tak sama macam dulu..
Cara pemasangan tak sama macam dulu pasang..
Sebab itu lah harga grill saya dapat murah..
Hehe..
Nak kualiti baik, harga mesti mahu baik maa..
Nak besi tebal, poket juga mahu tebal maa...
Yang penting safety, insyaallah safety..
Jiran2 ada tengok grill rumah kami, kata simple..
Dorang pun nak buat macam ni gak.
Disebabkan abang grill buat kerja kemas, kami recommend kat jiran2 kami.. 

#updated2
Contact person for reference. 



Wednesday 10 August 2016

RESEPI : HOMEMADE SAUCE SPAGHETTI BOLOGNESE

Assalamualaikum..
Selamat Sejahtera..


Image result for bismillahirrahmanirrahim

Hai kawan-kawan..
Sekarang musim demam..
Demam Rio Olimpik..
Demam bola sepak..
Demam lepas rayaa..
Saya doakan semoga kawan-kawan semua..
Dalam keadaan sihat walfiat dan dipermudahkan segala urusan...

Sejak makan spaghetti kat rumah cousen..
Terasa nak buat sendiri..
Saya memang suka makan spaghetti bolognese..
Memang dulu, saya rajin masak spaghetti..
Tapi guna PREGO je lah..
Laaa ni terlebih excited nak buat homemade sauce..
Google punya google...
2 resepi, saya dah pin and tulis dalam buku resepi..
1st dari blog azlita masam manis..
2nd dari blog eny abdullah..
Combine..
Jadik lah resepi ikut selera saya..
Hehe..

RESEPI
HOMEMADE SAUCE SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan-bahan

400gm                  Daging Lembu Kisar (Brand:Ramly)
500gm                  Bebola Daging Lembu (Brand:Mohamad Armiya Foods)
6 @ 7 biji             Tomato Fresh - dipotong dadu
1 Tin                    Tomato Puree (Brand:DuChef)
2 Tin                     Air - saya guna tin tomato puree
1 biji                     Carrot - dipotong dadu
1 biji                     Bawang Holland @ Bawang Kuning - dipotong dadu
7 biji                     Bawang Putih - dicincang halus
2 TBSP                Butter
3 TBSP                Minyak Masak - saya tak ada minyak zaitun.
1/2 TBSP             Garam
1/2 TBSP             Gula
1 TBSP                Mixed Herbs (Brand:McCORMICK)
200ml                   Full Cream Susu Dutchlady

Cara membuatnya
1. Masukkan butter + minyak masak dalam periuk yang tinggi @ besar, biarkan butternya cair. Kemudian masukkan bawang holland + bawang putih, tumis sehingga naik bau.

2. Bila nampak bawang dah layu dan naik bau, masukkan daging lembu kisar + bebola daging lembu dalam periuk. Biarkan seketika, sehingga daging kisar dan bebola daging masak. Macam mana nak tahu masak ke tak? Bila warna daging bertukar ke warna coklat. Selepas itu, masukkan 'Full Cream Susu Dutchlady' dan carrot, biarkan sehingga sebati.

3. Kemudian, masukkan tomato segar + tomato puree + air + gula + garam + mixed herb, biarkan reneh dengan api perlahan selama 1 jam (minimum) or lebih. Makin lama reneh, makin pekat sauce. Bila sekejap saja reneh, sauce jadik cair. Terpulang pada selera masing-masing.

4. Saya suka sauce yang pekat, saya reneh lebih kurang 2 jam.. Ok dah siap. Tak sempat saya nak snap gambar, bateri hp dah habis.


# Notaku:



Bebola Daging Lembu. Sedap Sangat . Macam buat meatball sendiri.
High Recommended.
Kalau anda tak suka masam, boleh tambah kan susu dutchlady, bagi hilangkan rasa masam..
Kalau anda suka masam, tak perlu tambah susu dutchlady.
Pekat ke cair sauce, terpulang pada citarasa masing-masing.
Sedapnya, bila anda reneh lama, sauce dan daging jadik sebati dan rasanya yummylicious..
Hehe..


#norhaenkitchen
 


Thursday 4 August 2016

RESEPI : SIMPLE CHEESEKUT

Assalamualaikum..
Selamat Sejahtera..

Image result for bismillahirrahmanirrahim


Hai kawan semua..
Raya dah habis ni, tekak macam-macam nak makan..
Rasanya semua macam pahit saja..
Nak makan benda yang manis..

Disebabkan ada cheese cream, Brand Tatura kat dalam peti ais..
Saya nak buat dessert, tapi no bake..
Oven dah simpan dalam store..
Hehe..

Tetiba nak makan nak 'CHEESEKUT'..
Google punya google..
Saya printscreen, tapi lupa lak nama blognya..
Semua barang dah ada kat rumah..

Rupanya senang buat 'CHEESEKUT'
#luthfi_taufik cakap..
Pandai ibu buat kuih..
Hehe...


RESEPI
SIMPLE CHEESEKUT


250gm           cheese cream (Brand:Tatura) - guna lain pun tak apa..
1/2 tin            susu sejat manis (Brand:FN) - guna lain pun tak apa.
1 bungkus      cream cracker (Brand:Hup Seng) - guna 1/2 je - ikut selera u all..
1 kotak          full cream susu Dutch Lady @ air kopi @ air nescafe

Hiasan
Nestum
Milo

Cara membuatnya

1.   Putarkan cheese cream, saya guna hand mixer.
2.   Kemuadian, masukkan susu sejat manis. Putarkan lagi sehingga sebati.
3.   Rendam cream cracker dengan full cream susu Dutch Lady.
      Kalau tak ada susu Dutch Lady, guna air kopi ke air nescafe pun boleh..
4.  1st layer :-
Letakkan cream cracker yang direndam, kemudian letakkan cheese cream + susu sejat manis yang diputar sehingga sebati > hiasan - taburkan milo + nestum ikut citarasa sendiri.
5.  Ulang step ke 4 sehingga habis dan akhir sekali simpan kat dalam peti ais.

6.  Ok. Get ready to eat...




# Noteku :-
Cheesekut sedap dimakan time sejuk tau!
Selamat Mencuba...


#norhaenkitchen



Saturday 23 January 2016

RESEPI : ADDICTED...CHOC CHIP COOKIES...

Assalammualaikum and hye semua..

Kalau sebut sahaja 'Tuan Anas Mikael'
Mesti semua orang tau kan!!
Drama Astro 104 tu..
Drama ini telah diadaptasi dari novel sudah lama berakhir pun..
Best sangat!! Watak 'Zya Zyra' a.k.a cik Ayu Maisarah sangat kelakar..
Siapa sangka, drama ini dapat menarik perhatian setiap golongan usia..

Mak, ayah saya.. Husband pun boleh layan tengok drama ini...
Macam tak percaya lak..
Paling best trademark!!
'Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok'
Sweet kan...
Haha...

Bukan nak cerita pasal sinopsis drama 'Tuan Anas Mikael' ini..
Sebenarnyaaa...
Disebabkan cerita ini, saya addicted sangat nak buat cookies...
Buat satu balang untuk husband..
Nak gak sweet mcm Tuan Anas Mikael dan Ayu Maisarah!!

Saya nak cari resepi yang senang, tak leceh..
Bahan-bahan simple sahaja..
Alhamdulilah...
Sudah banyak kali saya buat eksperimen cookies ini..
Resepi ini paling simple!
Yang penting choc chic cookies ini sedap dan rangup!!!

Resepi ini saya dapat dari
http://www.centercutcook.com/jumbo-chocolate-chip-cookies/

RESEPI CHOC CHIC COOKIES

Bahan A
3/4 cawan                               Butter, Suhu Bilik (Saya guna brand ANCHOR)
3/4 cawan                               Gula Perang @ Brown Sugar
1/2 cawan                               Gula Kastor
1 biji                                       Telur (Gred A)
1 teaspoon                              Esen Vanilla

Bahan B
2 1/4 cawan                            Tepung Gandum
2 teaspoons                             Tepung Jagung
1 teaspoon                               Baking Soda
1/2 teaspoon                            Garam

1 1/2 cawan                             Chocolate Chips (Saya guna brand Callebaut)

Cara membuatnya
1. Bahan B perlu diayak terlebih dulu. Kemudian asingkan.
2. Butter, Gula Perang, Gula Kastor hendaklah diputarkan menggunakan mixer sehingga creamy.
Kalau tak ada mixer, boleh juga gunakan senduk kayu sahaja.
Pastikan sehingga creamy.
Creamy maknanya gula dan butter itu menjadi sebati.
Dalam bahasa lain, gula dah hancur dalam butter.. Hehe
3. Kemudian, masukkan telur dan esen vanila, dan putar sehingga sebati.
4. Masukkan Bahan B, putar pada slow speed.
Sekadar untuk memastikan Bahan A dan B bergabung dengan sebati.
5. Setelah adunan siap, biarkan rehat untuk sementara.
Kalau nak buat cookies, seeloknya doh tersebut kena rehat dahulu.
Nak memastikan doh tersebut, sudah mesra @ sebati lah.
Supaya semasa bakar cookies tak ada la, besar ke, kecil ke, walaupun ukuran sama sahaja.
Biasanya saya rehatkan doh dalam 2 jam dalam fridge.
6. Selepas itu, doh tersebut dikuakan dalam fridge. Dibiarkan dalam suhu bilik.
Saya suka cookies yang kecil dan comel.
Biasanya saya akan gunakan 1 teaspoon sebagai ukuran.
Jaraknya lebih kurang 1 inci dalam loyang.
Kalau kawan-kawan suka cookies yang besar @ jumbo cookies.
Boleh juga gunakan ukuran scoop aiskrim yang kecil.
Jaranknya lebih kurang 2 inci dalam loyang.
Kenapa perlu jarak yang panjang, sebab apabila kita bakar, cookies ini akan berkembang.
7. Setelah siap, bakar cookies tersebut dalam suhu 150 degrees selama 13 ~ 15 minit.
Sebenarnya nak bakar cookies @ cake, ikut oven masing2.
Tak silap saya, semakin besar oven, semakin tinggi suhu yang diperlukan.
8. Oh yeah! Cookies dah ready.

Cookies yang kecil dan comel. Sekali ngap! Cepat habis..

#Note
Cookies itu jadi rangup! Sebab adanya tepung jagung..
Cookies itu jadi sedap! Sebab kita gunakan bahan-bahan ada value lah.
Cookies itu jadi cantik! Sebab kita rehatkan doh dulu before buat.

Cookies bertambah-tambah sedap!
Kalau kita buat dengan penuh kasih-sayang untuk orang tersayang...

Selamat mencuba kawan-kawan!


NORHAEN

Monday 4 January 2016

RESEPI : SEDAPNYA TAU...AYAM MASAK LEMAK PECAL @ CEKUR..


Assalammualaikum dan hye semua..

Pernah tak masak lemak pecal @ cekur??
Lauk jawa tau!!
Favourite ayah saya..
Cekur susah nak dapat kat pasaraya...
Jadinya, ayah saya tanam cekur ini...

Biasanya ikan keli...
Disebabkan favourite ayah ini................
Mak geli dengan ikan keli...
Kami biasanya guna ikan pari bakar...
Bosan asyik makan ikan sahaja...
Cuba ayam pulak!
Hehe....

Ikan keli ke..Ikan pari ke...Ayam ke...
Bakar ke goreng pun boleh...
Ikut citarasa masing-masing...


RESEPI AYAM MASAK LEMAK PECAL @ CEKUR

BAHAN A
1/2 ekor              Ayam (Dipotong 6/8, ikut citarasa masing-masing)
1/2 inci                Halia
1/3 sudu besar    Garam
3 batang              Serai (Ketuk dengan lesung batu)
1/4 sudu besar     Kunyit serbuk

BAHAN B
5 biji                    Bawang merah
2 biji                    Bawang putih
1 inci                   Belacan bakar
3 inci                   Cekur, Daun cekur di potong halus.
7 biji                   Cili padi
3 cawan              Santan pekat
1/2 sudu besar    Garam
1 sudu besar       Gula


CARA-CARANYA

1. Semua bahan A digaul sehingga sebati, dan diperap dalam masa1 jam.
Kemudian ayam yang telah diperap, dibakar pada api yang kecil.
Untuk memastikan isi ayam masak dan boleh dimakan.

2. Bawang merah, bawang merah, belacan bakar, cekur dan cili padi,
ditumbuk dengan lesung batu sehingga lumat.
Memang pedih mata. Kalau nak senang, blender sahaja..

3.Masukkan santan di dalam periuk.
Masukkan juga bahan yang telah ditumbuk sehingga lumat..
Garam serta gula sekali..
Jangan lupa masukkan daun cekur sekali..
Boleh buat sayurnya...

4. Kacau perlahan-lahan santan tersebut pada api yang kecil.
Jangan sampai pecah santan..
Setelah mendidih, masukkan ayam yang telah dibakar.

5. Apabila ayam dan santan sudah mesra...
Jangan lupa tutup api..
Hehe...

Ok..
Sudah siap..
Senang kann....




# Note :
Mak saya pesan kalau masak santan.
Pastikan kacau perlahan-lahan pada api yang kecil dulu..
Untuk mengelakkan pecah santan....
Hehe..


NORHAEN