Showing posts with label THOP Kitchen. Show all posts
Showing posts with label THOP Kitchen. Show all posts

Saturday, 23 January 2016

RESEPI : ADDICTED...CHOC CHIP COOKIES...

Assalammualaikum and hye semua..

Kalau sebut sahaja 'Tuan Anas Mikael'
Mesti semua orang tau kan!!
Drama Astro 104 tu..
Drama ini telah diadaptasi dari novel sudah lama berakhir pun..
Best sangat!! Watak 'Zya Zyra' a.k.a cik Ayu Maisarah sangat kelakar..
Siapa sangka, drama ini dapat menarik perhatian setiap golongan usia..

Mak, ayah saya.. Husband pun boleh layan tengok drama ini...
Macam tak percaya lak..
Paling best trademark!!
'Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok'
Sweet kan...
Haha...

Bukan nak cerita pasal sinopsis drama 'Tuan Anas Mikael' ini..
Sebenarnyaaa...
Disebabkan cerita ini, saya addicted sangat nak buat cookies...
Buat satu balang untuk husband..
Nak gak sweet mcm Tuan Anas Mikael dan Ayu Maisarah!!

Saya nak cari resepi yang senang, tak leceh..
Bahan-bahan simple sahaja..
Alhamdulilah...
Sudah banyak kali saya buat eksperimen cookies ini..
Resepi ini paling simple!
Yang penting choc chic cookies ini sedap dan rangup!!!

Resepi ini saya dapat dari
http://www.centercutcook.com/jumbo-chocolate-chip-cookies/

RESEPI CHOC CHIC COOKIES

Bahan A
3/4 cawan                               Butter, Suhu Bilik (Saya guna brand ANCHOR)
3/4 cawan                               Gula Perang @ Brown Sugar
1/2 cawan                               Gula Kastor
1 biji                                       Telur (Gred A)
1 teaspoon                              Esen Vanilla

Bahan B
2 1/4 cawan                            Tepung Gandum
2 teaspoons                             Tepung Jagung
1 teaspoon                               Baking Soda
1/2 teaspoon                            Garam

1 1/2 cawan                             Chocolate Chips (Saya guna brand Callebaut)

Cara membuatnya
1. Bahan B perlu diayak terlebih dulu. Kemudian asingkan.
2. Butter, Gula Perang, Gula Kastor hendaklah diputarkan menggunakan mixer sehingga creamy.
Kalau tak ada mixer, boleh juga gunakan senduk kayu sahaja.
Pastikan sehingga creamy.
Creamy maknanya gula dan butter itu menjadi sebati.
Dalam bahasa lain, gula dah hancur dalam butter.. Hehe
3. Kemudian, masukkan telur dan esen vanila, dan putar sehingga sebati.
4. Masukkan Bahan B, putar pada slow speed.
Sekadar untuk memastikan Bahan A dan B bergabung dengan sebati.
5. Setelah adunan siap, biarkan rehat untuk sementara.
Kalau nak buat cookies, seeloknya doh tersebut kena rehat dahulu.
Nak memastikan doh tersebut, sudah mesra @ sebati lah.
Supaya semasa bakar cookies tak ada la, besar ke, kecil ke, walaupun ukuran sama sahaja.
Biasanya saya rehatkan doh dalam 2 jam dalam fridge.
6. Selepas itu, doh tersebut dikuakan dalam fridge. Dibiarkan dalam suhu bilik.
Saya suka cookies yang kecil dan comel.
Biasanya saya akan gunakan 1 teaspoon sebagai ukuran.
Jaraknya lebih kurang 1 inci dalam loyang.
Kalau kawan-kawan suka cookies yang besar @ jumbo cookies.
Boleh juga gunakan ukuran scoop aiskrim yang kecil.
Jaranknya lebih kurang 2 inci dalam loyang.
Kenapa perlu jarak yang panjang, sebab apabila kita bakar, cookies ini akan berkembang.
7. Setelah siap, bakar cookies tersebut dalam suhu 150 degrees selama 13 ~ 15 minit.
Sebenarnya nak bakar cookies @ cake, ikut oven masing2.
Tak silap saya, semakin besar oven, semakin tinggi suhu yang diperlukan.
8. Oh yeah! Cookies dah ready.

Cookies yang kecil dan comel. Sekali ngap! Cepat habis..

#Note
Cookies itu jadi rangup! Sebab adanya tepung jagung..
Cookies itu jadi sedap! Sebab kita gunakan bahan-bahan ada value lah.
Cookies itu jadi cantik! Sebab kita rehatkan doh dulu before buat.

Cookies bertambah-tambah sedap!
Kalau kita buat dengan penuh kasih-sayang untuk orang tersayang...

Selamat mencuba kawan-kawan!


NORHAEN

Monday, 4 January 2016

RESEPI : SEDAPNYA TAU...AYAM MASAK LEMAK PECAL @ CEKUR..


Assalammualaikum dan hye semua..

Pernah tak masak lemak pecal @ cekur??
Lauk jawa tau!!
Favourite ayah saya..
Cekur susah nak dapat kat pasaraya...
Jadinya, ayah saya tanam cekur ini...

Biasanya ikan keli...
Disebabkan favourite ayah ini................
Mak geli dengan ikan keli...
Kami biasanya guna ikan pari bakar...
Bosan asyik makan ikan sahaja...
Cuba ayam pulak!
Hehe....

Ikan keli ke..Ikan pari ke...Ayam ke...
Bakar ke goreng pun boleh...
Ikut citarasa masing-masing...


RESEPI AYAM MASAK LEMAK PECAL @ CEKUR

BAHAN A
1/2 ekor              Ayam (Dipotong 6/8, ikut citarasa masing-masing)
1/2 inci                Halia
1/3 sudu besar    Garam
3 batang              Serai (Ketuk dengan lesung batu)
1/4 sudu besar     Kunyit serbuk

BAHAN B
5 biji                    Bawang merah
2 biji                    Bawang putih
1 inci                   Belacan bakar
3 inci                   Cekur, Daun cekur di potong halus.
7 biji                   Cili padi
3 cawan              Santan pekat
1/2 sudu besar    Garam
1 sudu besar       Gula


CARA-CARANYA

1. Semua bahan A digaul sehingga sebati, dan diperap dalam masa1 jam.
Kemudian ayam yang telah diperap, dibakar pada api yang kecil.
Untuk memastikan isi ayam masak dan boleh dimakan.

2. Bawang merah, bawang merah, belacan bakar, cekur dan cili padi,
ditumbuk dengan lesung batu sehingga lumat.
Memang pedih mata. Kalau nak senang, blender sahaja..

3.Masukkan santan di dalam periuk.
Masukkan juga bahan yang telah ditumbuk sehingga lumat..
Garam serta gula sekali..
Jangan lupa masukkan daun cekur sekali..
Boleh buat sayurnya...

4. Kacau perlahan-lahan santan tersebut pada api yang kecil.
Jangan sampai pecah santan..
Setelah mendidih, masukkan ayam yang telah dibakar.

5. Apabila ayam dan santan sudah mesra...
Jangan lupa tutup api..
Hehe...

Ok..
Sudah siap..
Senang kann....




# Note :
Mak saya pesan kalau masak santan.
Pastikan kacau perlahan-lahan pada api yang kecil dulu..
Untuk mengelakkan pecah santan....
Hehe..


NORHAEN

Wednesday, 2 December 2015

JOM SHELL OUT KAT RUMAH!!!


Assalammualaikum kawan-kawan...

Sekarang ini tengah musim Shell Out la..Ocean Vanz la..
Saya tak pernah pergi sana...
Tengok gambar kat FB sahaja..
Itu pun macam terliur gak.
Dah ramai share resepi kat FB..
Gaya makan Shell Out and Ocean Hanz..
Tak perlu pinggan mangkuk untuk dihidangkan..
Hanya guna plastik sahaja..

Siapa pernah makan 'Nasi Ambang'???
Dulu kat kampung saya, bila ada kenduri tahlil ke..
Nasi Ambang adalah menu utama...
Nasi Ambang ini ikutkan jawa style..
Lauknya ada macam-macam...
Mesti ada sambal goreng kicap..
Serunding..Ikan masin...
Ayam masak kicap...
Semuanya diletakkan dalam 1 dulang..
Tanpa ada pinggan mangkuk termasuk nasi putih...
Sedapnyaaaa....

Cara menghidang 'Nasi Ambang' sama sahaja dengan menghidang seafood ini aka Shell Out!!

Ok.Hari ini saya nak kongsikan Resepi 'Shell Out'.
Resepi ikut selera saya, kawan-kawan boleh adjust ikut selera masing-masing.

1. KETAM SAMBAL BLACK PEPPER

8 ekor KETAM
1 biji BAWANG MERAH BESAR
7 biji BAWANG PUTIH
1/2 inci HALIA
4 senduk besar LADA BLENDER
2 senduk besar SOS BLACKPEPPER (Brand:Bumi Hijau)
1/2 senduk besar SOS CILI
1/2 sudu besar GARAM
2 sudu besar GULA
1/2 cawan AIR

a) Panaskan minyak masak. KETAM mesti digoreng dulu..Pastikan goreng sehingga garing.
Apabila warna kulitnya akan bertukar menjadi merah dan isinya juga nampak seperti kenyal menunjukkan KETAM sudah boleh diangkat dan toskan.
Minyaknya jangan dibuang, boleh digunakan untuk membuat sambal blackpepper.
b) BAWANG MERAH BESAR, BAWANG PUTIH dan HALIA perlu ditumbuk sehingga hancur.
Panaskan minyak goreng KETAM tadi, dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
c) Masukkan LADA BLENDER sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan SOS BLACKPEPPER, GARAM dan GULA.
Sekiranya nampak pekat, boleh tambahkan AIR.
d) Akhir sekali, masukkan KETAM yang telah digoreng dan gaulkan dengan SAMBAL BLACKPEPPER sehingga sebati. Baru tutup api dapur..hehe..

2. KUPANG SAYUR BLACKPEPPER

1/2 kilo KUPANG
1 biji BROKOLI - yang telah dipotong kecil
1 biji LOBAK MERAH - yang telah dipotong kecil
1/3 biji BAWANG MERAH BESAR
3 biji BAWANG PUTIH
2 senduk besar BLACK PEPPER
1/3 sudu besar GARAM
1 sudu besar GULA
1/2 cawan AIR

a) Rebuskan KUPANG dulu. Apabila semua kulit terbuka, bermakna KUPANG dah masak. Angkat dan toskan.
b) Kemudian BROKALI dan LOBAK MERAH dicelup dengan air panas sehingga separa masak.Angkat dan toskan.
c) BAWANG MERAH BESAR dan BAWANG PUTIH perlu ditumbuk sehingga hancur.
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga naik bau.
d) Kemudian masukkan BLACKPEPPER, GARAM dan GULA. Sekiranya nampak pekat, boleh tambahkan AIR.
e) Akhir sekali, masukkan KUPANG, BROKOLI dan LOBAK MERAH dan gaulkan dengan SOS BLACKPEPPER sehingga sebati dulu, baru tutup api dapur.

3. UDANG BUTTER CHEESE

1/2 kilo UDANG
1/3 BUTTERCUP
2 keping CHESDALE
1/3 biji BAWANG MERAH BESAR - potong dadu
2 biji BAWANG PUTIH - potong dadu
6 helai DAUN KARI
1/2 tin SUSU CAIR 

a) Gaulkan UDANG dengan sedikit garam dan kunyit. UDANG perlu digoreng sehingga garing.
Apabila kelihatan masak, warna kulitnya bertukar menjadi warna merah dan isinya nampak kenyal.
Angkat dan toskan.
b) Masukkan BUTTERCUP, tumiskan BAWANG MERAH BESAR dan BAWANG PUTIH sehingga naik bau. Masukkan DAUN KARI.
c) Kemudian masukkan SUSU CAIR dan CHESDALE. Sekiranya nampak pekat, boleh tambahkan AIR.Tutup api dapur.
d) Gaulkan UDANG dan BUTTER CHEESE sekiranya terus untuk dihidangkan dan makan.
Sekiranya belum lagi dihidangkan, jangan campur dengan UDANG.



Note:
Saya suka masak..
Menu pertama saya..
TOMYAM..hehe..
Saya suka kalau saya masak, orang makan banyak..
Seronok juga tengok husband,mak ayah, abg akak, anak-anak buah makan berebut-rebut...
Apa yang penting..
Cara menghidang macam  ini dapat merapatkan lagi hubungan siratulrahim antara satu sama..

Wasalam...

NORHAEN