Thursday 24 December 2015

GLUTACAPS #ClearanceStock

Assalammualaikum and hye semua...

Sekarang tengah 'hot' musim quu putehh baruuu la putehhh..
Sampai #luthfitaufik pun terikut-ikut style Dato Vida...
Tapi saya bukan nak cerita pasal produk ini...

Pernah dengar tak pasal 'GLUTACAPS' L-Glutathione plus??


'GLUTACAPS' merupakan salah satu supplemen kesihatan..

'GLUTACAPS' juga produk kecantikan..
Dapat memutihkan dan mencerahkan diseluruh muka dan badan..
Secara natural..


'GLUTACAPS' diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
No produk MAL15065008NC.

Kandungan 'GLUTACAPS'
* 200gm L-glutathione
* 136.5gm Hyaluronic Acid
* 150mg Vitamin C

Kelebihan 'GLUTACAPS'
*Kulit semakin glowing dan bertambah putih
* Mensekatakan tona kulit muka
* Menghapuskan jerawat
* Menghilangkan parut jerawat
* Menegangkan kulit muka
* Menghilangkan kedutan di wajah
* Mengekalkan kelembapan wajah

Ini original!
Ada print 'GLUTACAPS'
Cara Pengambilan 'GLUTACAPS'
* Minggu Pertama - Ambil 2 biji
> 1 biji, 30 minit sebelum sarapan
> 1 biji, 30 minit sebelum makan malam
* Minggu seterusnya, ambil 1 biji sahaja
* Banyakkan minum air kosong/suam untuk mendapatkan kesan yang terbaik.


Harga Asal 'GLUTACAPS'
RM150 (SM)
RM160 (SS)

Harga Promosi 'GLUTACAPS'
RM120 (SM)
RM130 (SS)
Harga ini termasuk postage..

Kalau berminat, boleh wassup saya..
Selagi stock masih ada..

012-7677624 (Norhaen)

Wasalam..
Terima Kasih..

Wednesday 2 December 2015

JOM SHELL OUT KAT RUMAH!!!


Assalammualaikum kawan-kawan...

Sekarang ini tengah musim Shell Out la..Ocean Vanz la..
Saya tak pernah pergi sana...
Tengok gambar kat FB sahaja..
Itu pun macam terliur gak.
Dah ramai share resepi kat FB..
Gaya makan Shell Out and Ocean Hanz..
Tak perlu pinggan mangkuk untuk dihidangkan..
Hanya guna plastik sahaja..

Siapa pernah makan 'Nasi Ambang'???
Dulu kat kampung saya, bila ada kenduri tahlil ke..
Nasi Ambang adalah menu utama...
Nasi Ambang ini ikutkan jawa style..
Lauknya ada macam-macam...
Mesti ada sambal goreng kicap..
Serunding..Ikan masin...
Ayam masak kicap...
Semuanya diletakkan dalam 1 dulang..
Tanpa ada pinggan mangkuk termasuk nasi putih...
Sedapnyaaaa....

Cara menghidang 'Nasi Ambang' sama sahaja dengan menghidang seafood ini aka Shell Out!!

Ok.Hari ini saya nak kongsikan Resepi 'Shell Out'.
Resepi ikut selera saya, kawan-kawan boleh adjust ikut selera masing-masing.

1. KETAM SAMBAL BLACK PEPPER

8 ekor KETAM
1 biji BAWANG MERAH BESAR
7 biji BAWANG PUTIH
1/2 inci HALIA
4 senduk besar LADA BLENDER
2 senduk besar SOS BLACKPEPPER (Brand:Bumi Hijau)
1/2 senduk besar SOS CILI
1/2 sudu besar GARAM
2 sudu besar GULA
1/2 cawan AIR

a) Panaskan minyak masak. KETAM mesti digoreng dulu..Pastikan goreng sehingga garing.
Apabila warna kulitnya akan bertukar menjadi merah dan isinya juga nampak seperti kenyal menunjukkan KETAM sudah boleh diangkat dan toskan.
Minyaknya jangan dibuang, boleh digunakan untuk membuat sambal blackpepper.
b) BAWANG MERAH BESAR, BAWANG PUTIH dan HALIA perlu ditumbuk sehingga hancur.
Panaskan minyak goreng KETAM tadi, dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
c) Masukkan LADA BLENDER sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan SOS BLACKPEPPER, GARAM dan GULA.
Sekiranya nampak pekat, boleh tambahkan AIR.
d) Akhir sekali, masukkan KETAM yang telah digoreng dan gaulkan dengan SAMBAL BLACKPEPPER sehingga sebati. Baru tutup api dapur..hehe..

2. KUPANG SAYUR BLACKPEPPER

1/2 kilo KUPANG
1 biji BROKOLI - yang telah dipotong kecil
1 biji LOBAK MERAH - yang telah dipotong kecil
1/3 biji BAWANG MERAH BESAR
3 biji BAWANG PUTIH
2 senduk besar BLACK PEPPER
1/3 sudu besar GARAM
1 sudu besar GULA
1/2 cawan AIR

a) Rebuskan KUPANG dulu. Apabila semua kulit terbuka, bermakna KUPANG dah masak. Angkat dan toskan.
b) Kemudian BROKALI dan LOBAK MERAH dicelup dengan air panas sehingga separa masak.Angkat dan toskan.
c) BAWANG MERAH BESAR dan BAWANG PUTIH perlu ditumbuk sehingga hancur.
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga naik bau.
d) Kemudian masukkan BLACKPEPPER, GARAM dan GULA. Sekiranya nampak pekat, boleh tambahkan AIR.
e) Akhir sekali, masukkan KUPANG, BROKOLI dan LOBAK MERAH dan gaulkan dengan SOS BLACKPEPPER sehingga sebati dulu, baru tutup api dapur.

3. UDANG BUTTER CHEESE

1/2 kilo UDANG
1/3 BUTTERCUP
2 keping CHESDALE
1/3 biji BAWANG MERAH BESAR - potong dadu
2 biji BAWANG PUTIH - potong dadu
6 helai DAUN KARI
1/2 tin SUSU CAIR 

a) Gaulkan UDANG dengan sedikit garam dan kunyit. UDANG perlu digoreng sehingga garing.
Apabila kelihatan masak, warna kulitnya bertukar menjadi warna merah dan isinya nampak kenyal.
Angkat dan toskan.
b) Masukkan BUTTERCUP, tumiskan BAWANG MERAH BESAR dan BAWANG PUTIH sehingga naik bau. Masukkan DAUN KARI.
c) Kemudian masukkan SUSU CAIR dan CHESDALE. Sekiranya nampak pekat, boleh tambahkan AIR.Tutup api dapur.
d) Gaulkan UDANG dan BUTTER CHEESE sekiranya terus untuk dihidangkan dan makan.
Sekiranya belum lagi dihidangkan, jangan campur dengan UDANG.



Note:
Saya suka masak..
Menu pertama saya..
TOMYAM..hehe..
Saya suka kalau saya masak, orang makan banyak..
Seronok juga tengok husband,mak ayah, abg akak, anak-anak buah makan berebut-rebut...
Apa yang penting..
Cara menghidang macam  ini dapat merapatkan lagi hubungan siratulrahim antara satu sama..

Wasalam...

NORHAEN

Monday 14 September 2015

APA BESTNYA DI STADIUM LARKIN



Assalammualaikum..

Demam bola sepak - TM Piala Malaysia 2015 baru sahaja bermula pada 10hb September 2015 yang lalu.
Johor Darul Takzim (JDT) dan Johor Darul Takzim II (JDT II) antara pasukan yang telah tersenarai dalam merebut TM Piala Malaysia 2015.
Saya dan en suami bukan lah peminat tegar bola sepak, tetapi masih boleh layan jugak.
Abang saya merupakan peminat tegar bola sepak, tidak pernah terlepas untuk menonton match bola sepak apabila melibatkan pasukan JDT di Stadium Larkin.
Kekerapannya ke Stadium Larkin melihat match bola sepak JDT menjadi tanda tanya dalam hati saya, apa yang best pergi ke sana.
Oleh itu, saya dan en suami yang tidak ada perasan pada bola sepak, pergi jugak redah ke Stadium Larkin bersama anak kami, #luthfi_taufik menaiki motosikal saja.
Saya dan en suami ingin melihat sendiri apa yang best bila berada di Stadium Larkin.
Hehe.


Apa yang boleh yang saya katakan, apa yang ada di Stadium Larkin.
Mungkin ada di stadium yang lain, saya sendiri tak pasti.
Sebab saya cuma pergi Stadium Larkin ;)

1. Surau yang besar berdekatan dengan pintu masuk stadium.
2. Laungan azan berkumandang dalam stadium. 
Semua penyokong senyap, tiada pemain berlatih di atas padang.
Bagi menghormati suara azan.
3. Persembahan dari B.O.S before game.
Lagu dan kibaran setiap bendera daerah di negeri Johor.
4. Ombak penyokong yang sporting - paling BEST.
Ulang banyak kali tak membosankan.
5. Suara sorakan B.O.S kuat kedengaran di dalam stadium dari sepak mula dan sampai habis game.
Lagu2 fresh, tak bosan untuk didengari dan mudah hafal.
6. Penghormatan lagu Johor - before and after game.
Nasib baik ingat lagi lagu negeri Johor.
7. Ada skrin TV besar.
Terlepas tengok goal, tak apa ada ulang tayang di skrin TV besar.
8. Untuk keselamatan. Ada marshall, polis, FRU, JMF pun ada.
Jangan risau, Insyaallah di dalam stadium boleh dikawal.
9. Dah jadik trend kot, apabila pengaturcara majlis menyebut nama pemain.
Kemudian penyokong sambung menyebut nama pemain.
Jadik hafal la nama pemain.
10. Stadium larkin ada aura tersendiri.
Semua penyokong bersatu, hanya kerana sebiji bola.


Notaku :-

Zaman sekolah di SIGS dulu, Stadium Larkin merupakan tempat berlangsungnya hari sukan sekolah saya.
Saya juga marshall sekolah, dan kadang-kadang terlibat dengan sukan sekolah sama ada peringkat daerah atau negeri di Stadium Larkin.
Boleh dikatakan Stadium Larkin adalah tempat biasa untuk saya.

Stadium Larkin dulu dan sekarang tersangatlah berbeza.
Terlalu banyak perubahan yang positif dari segi kemudahan.
Sebagai rakyat Johor, saya rasa kagum mempunyai stadium seperti Stadium Larkin.
Tahniah dan terima kasih pada TMJ di atas perubahan ini.

Yup, betul.
Stadium Larkin ada aura tersendiri.
This is Larkin.



Wasalam.

Wednesday 29 April 2015

KELAS COOKIES RAYA - CHEF ASMA


Assalammualaikum...

Belajar sesuatu tanpa ada cikgu yang membimbing..
Kita akan hilang arah..
Tak tahu macam mana nak start..
Tak tahu juga macam mana nak buat..
Sama macam kita sekolah dulu..
Betul tak?

I'm love cooking and baking..
Dulu, time sekolah menengah ada buku resepi sendiri..
Apa yang suka makan..
Belajar dengan mak or makcik..
Try buat sampai diri sendiri cakap sedap..n family cakap sedap..
Pastu conteng kat buku resepi..

Buku resepi asyik hilang je..
So buat salinan kat laptop juga..

Setiap kali raya, resepi biskut turun-temurun family..
Biskut Almond London..
Favourite tau!!

Kalau buat biskut, salin resepi kawan2 ke..
Ikut buku resepi ke..
Mesti biskut aku tak jadi..
Sebab aku tak ada skill nak buat..
Payah bila buat tak ada cikgu ini..

So, plan nak ambil class cookies..
Google..and terjumpa blog Chef Asma
Ramai yang tanya kenapa nak ambil class jauh sangat..
Hati ini nekad, nak ke sana gak..
Boleh jalan2 n release tensen gak kat sana..
Asyik pikir pasal keje..

Walaupun sekadar DEMO sahaja..
Skill dan experience yang Chef kongsikan sangat berguna..
Lain cikgu lain caranya..
Start class dari pukul 10am ~ 6pm..
Agak penat gak la..

DEMO cookies and free resepi pun ada..
Thanks Chef..


Alhamdulilah..
Habis class..
Bersyukur sangat2..
Mudahan ilmu and skill dari Chef Asma..
Dapat digunakan sepenuhnya..
Terima kasih Chef..
Tak sempat nak selfie..
Husband dah tunggu lama..
Hehe..

Ini lah CHEF ASMA...

Salah satu DEMO cookies...


Note :
DI MANA ADA KEMAHUAN,
DI SITU ADA JALAN..
JANGAN MUDAH MENGALAH..
BERUSAHA LAH KAWAN!!


Friday 17 April 2015

Idea LUTHFI KITCHEN



Assalammualaikum...

Hampir 3 bulan blog ini sepi tanpa ada berita..
Sibuk dengan urusan jual beli rumah..
Terlalu banyak yang hendak diuruskan..
Alhamdulilah semua telah selesai..
Rumahnya masih dalam proses..
Belum siap lagi..
Insyaallah akhir tahun ini...
Doakan yang terbaik tau kawan2..

Actually, saje suka try and error buat congobars..
Buat untuk husband and #luthfitaufik

Then, tiba-tiba rasa nak join vendor butik lak..
Buka ig @ instagram..
Then, search #vendorwanted #callingforvendor 
Sebab nak area pasir gudang
Try gak search #vendorpasirgudang
Kebetulan ada butik baru nak bukak kat pasir gudang...

1. @themoonsgallery , Taman Bukit Dahlia
Telah beroperasi akhir bulan March 2015..


2. @zaraoutlet23 , Taman Sierra Perdana
Telah beroperasi awal bulan April 2015..



Cepat-cepat booking..
Create product..
Sebab tau masak saje..
Try masuk congo bars dulu..
Hehe..

Sticker?? Tak ada lagi masa tue..
Cepat order..
Create nama..
Then, create tagline..
Pastu, order sticker kat........................

Name : Zue
H/P no : 019-6117411

Harganya murah saja..

Sticker #luthfikitchen

Congo bars
1 pack = RM10
Flavour - Nutella, Peanut butter

Jom follow ig saya @norhaen
#sayajual #congobars #nutella #peanut #chocpods #butterscotch

Hehe..

Note:
LUTHFI KITCHEN nak buat cookies raya 2015..
Wait and see kawan2...


Friday 16 January 2015

Fenomena Congo Bars (PART 3) *coklat+butterscoth

assalammualaikum semua....

tak habis lagi fenomena congo bars..
asyik congo bars saja kan...
sebab suami saya suka makan..
mak ayah pun suka makan..
hehe..

ingat tak saya pernah buat congo bars coklat..
tips dari kawan kilang suruh guna coklat masakan..
tapi saya nak sedap, sebab tu guna coklat ganache..

kali ini saya nak cuba coklat+butterscoth..
basic bahan dan cara membuatnya sama, cuma tambah butterscoth saja..
butterscoth saya beli yang dah siap kat kedai bakewell..

bahannya:

150 gm             butter (guna Anchor)
250 gm             gula perang 
3 biji                 telur grade A
1 camca teh      esen vanilla
315 gm             tepung naik sendiri
6 sudu besar     coklat ganache
3 sudu besar     butterscoth
choc chip Hershey  * ikut citarasa sendiri
kepingan almond *ikut citarasa sendiri
hiasan *choc chip, kepingan almond, coklat ganache, butterscoth

cara membuatnya

butter + gula perang + coklat ganache + butterscoth pukul sehingga larut gulanya.
kemudian, masukkan telur + esen vanilla dan pukul lagi sehingga kembang
masukkan tepung naik sendiri..
kemudian kacau sekali dengan choc chip dan kepingan almond..
letak atas loyang, siap untuk dibakar..
suhu 170 degree, dalam 30 minit.
guna api atas dan bawah.

apa yang beza untuk kali ini..
saya kurangkan gula perang, sebab tambah butterscoth..
tambah lagi coklat ganache..
coklat ganache dan butterscoth terpulang nak letak berapa sudu besar..
suami saya cakap rasa lebih sedap..

#luthfi_taufik pun cakap sedap!!

Congo bars versi coklat+butterscoth!!



jom cuba kawan-kawan...



Wednesday 7 January 2015

Fenomena Congo Bars (PART 2) *coklat

assalamualaikum semua...

1st trial congo bars...manis sangat dan hangus...
jadinya 2nd trial ini..
saya kurangkan gula perang..
dan buat perisa coklat..
bahannya sama seperti dulu..
cuma tambah coklat ganache..
beli dah siap kat kedai bakewell..
hehe..


bahannya:

150 gm             butter (guna Anchor)
260 gm             gula perang
3 biji                 telur grade A
1 camca teh      esen vanilla
315 gm             tepung naik sendiri
4 sudu besar     coklat ganache
choc chip Hershey  * ikut citarasa sendiri
kepingan almond *ikut citarasa sendiri
hiasan *choc chip, kepingan almond, coklat ganache

cara membuatnya

butter + gula perang + coklat ganache pukul sehingga larut gulanya.
kemudian, masukkan telur + esen vanilla dan pukul lagi sehingga kembang
masukkan tepung naik sendiri..
kemudian kacau sekali dengan choc chip dan kepingan almond..
letak atas loyang, siap untuk dibakar..
suhu 170 degree, dalam 30 minit.
guna api atas dan bawah.



seeloknya, potong conga bars selepas keluar dari oven..
nampak cantik dan tidak pecah..
semasa membuatnya, seeloknya juga pukul sampai kembang..
sebab bila bakar, congo bars akan naik dengan cantik..
hiasan kalau boleh, choc chip dan kepingan almond biar susun..
baru nampak cantik dan selera makan..

selamat mencuba kawan-kawan!


Tuesday 6 January 2015

Fenomena Congo Bars (PART 1)

congo bars oh congo bars!!
orang asyik bercerita tentang congo bars ini..
kat FB, kat instragram, kat kilang pun orang cakap tentang congo bars..
apa lagi google lor..
jumpa kat page ini..
buat saya makin excited nak buat..
nampak macam sedap..macam senang resepinya..
balik keje, pergi kedai bakewell, terus beli bahan..

bahannya:

150 gm             butter (guna Anchor)
280 gm             gula perang
3 biji                 telur grade A
1 camca teh      esen vanilla
315 gm             tepung naik sendiri
choc chip Hershey  * ikut citarasa sendiri
almond *ikut citarasa sendiri



cara membuatnya

butter + gula perang pukul dengan senduk kayu sampai larut gulanya.
pastu, masukkan telur + esen vanilla dan pukul lagi.
masukkan tepung naik sendiri..
kemudian kacau sekali dengan choc chip dan almond..
letak atas loyang, siap untuk dibakar..
suhu 170 degree, dalam 30 minit.
guna api atas dan bawah..




jeng..jeng..jeng..


dah siap..
kejap kan..

buat dengan #luthfi_taufik macam-macam la jadiknya..
1. timbang rosak..buat mainan dia..kena beli baru la jawabnya..next, beli timbang digital..huhu.
2. sebab rosak aku agak2 la letak, ikut kiraan math dan logik..hehe..
3. ingat dah relax, bila dah bakar..tunggu 30 minit..lain pulak jadiknya...
tiba-tiba bau hangus..suhu 190 degree!!adoi..lupa nak setting suhu, api atas je lak...
4. yang penting my husband cakap sedap sangat...
ibu ayah lak cakap manis tak sesuai untuk orang kencing manis..
ok..next time kurangkan gula..hehe


selamat mencuba kawan-kawan..