Monday, 14 September 2015

APA BESTNYA DI STADIUM LARKIN



Assalammualaikum..

Demam bola sepak - TM Piala Malaysia 2015 baru sahaja bermula pada 10hb September 2015 yang lalu.
Johor Darul Takzim (JDT) dan Johor Darul Takzim II (JDT II) antara pasukan yang telah tersenarai dalam merebut TM Piala Malaysia 2015.
Saya dan en suami bukan lah peminat tegar bola sepak, tetapi masih boleh layan jugak.
Abang saya merupakan peminat tegar bola sepak, tidak pernah terlepas untuk menonton match bola sepak apabila melibatkan pasukan JDT di Stadium Larkin.
Kekerapannya ke Stadium Larkin melihat match bola sepak JDT menjadi tanda tanya dalam hati saya, apa yang best pergi ke sana.
Oleh itu, saya dan en suami yang tidak ada perasan pada bola sepak, pergi jugak redah ke Stadium Larkin bersama anak kami, #luthfi_taufik menaiki motosikal saja.
Saya dan en suami ingin melihat sendiri apa yang best bila berada di Stadium Larkin.
Hehe.


Apa yang boleh yang saya katakan, apa yang ada di Stadium Larkin.
Mungkin ada di stadium yang lain, saya sendiri tak pasti.
Sebab saya cuma pergi Stadium Larkin ;)

1. Surau yang besar berdekatan dengan pintu masuk stadium.
2. Laungan azan berkumandang dalam stadium. 
Semua penyokong senyap, tiada pemain berlatih di atas padang.
Bagi menghormati suara azan.
3. Persembahan dari B.O.S before game.
Lagu dan kibaran setiap bendera daerah di negeri Johor.
4. Ombak penyokong yang sporting - paling BEST.
Ulang banyak kali tak membosankan.
5. Suara sorakan B.O.S kuat kedengaran di dalam stadium dari sepak mula dan sampai habis game.
Lagu2 fresh, tak bosan untuk didengari dan mudah hafal.
6. Penghormatan lagu Johor - before and after game.
Nasib baik ingat lagi lagu negeri Johor.
7. Ada skrin TV besar.
Terlepas tengok goal, tak apa ada ulang tayang di skrin TV besar.
8. Untuk keselamatan. Ada marshall, polis, FRU, JMF pun ada.
Jangan risau, Insyaallah di dalam stadium boleh dikawal.
9. Dah jadik trend kot, apabila pengaturcara majlis menyebut nama pemain.
Kemudian penyokong sambung menyebut nama pemain.
Jadik hafal la nama pemain.
10. Stadium larkin ada aura tersendiri.
Semua penyokong bersatu, hanya kerana sebiji bola.


Notaku :-

Zaman sekolah di SIGS dulu, Stadium Larkin merupakan tempat berlangsungnya hari sukan sekolah saya.
Saya juga marshall sekolah, dan kadang-kadang terlibat dengan sukan sekolah sama ada peringkat daerah atau negeri di Stadium Larkin.
Boleh dikatakan Stadium Larkin adalah tempat biasa untuk saya.

Stadium Larkin dulu dan sekarang tersangatlah berbeza.
Terlalu banyak perubahan yang positif dari segi kemudahan.
Sebagai rakyat Johor, saya rasa kagum mempunyai stadium seperti Stadium Larkin.
Tahniah dan terima kasih pada TMJ di atas perubahan ini.

Yup, betul.
Stadium Larkin ada aura tersendiri.
This is Larkin.



Wasalam.

No comments:

Post a Comment