Wednesday, 7 January 2015

Fenomena Congo Bars (PART 2) *coklat

assalamualaikum semua...

1st trial congo bars...manis sangat dan hangus...
jadinya 2nd trial ini..
saya kurangkan gula perang..
dan buat perisa coklat..
bahannya sama seperti dulu..
cuma tambah coklat ganache..
beli dah siap kat kedai bakewell..
hehe..


bahannya:

150 gm             butter (guna Anchor)
260 gm             gula perang
3 biji                 telur grade A
1 camca teh      esen vanilla
315 gm             tepung naik sendiri
4 sudu besar     coklat ganache
choc chip Hershey  * ikut citarasa sendiri
kepingan almond *ikut citarasa sendiri
hiasan *choc chip, kepingan almond, coklat ganache

cara membuatnya

butter + gula perang + coklat ganache pukul sehingga larut gulanya.
kemudian, masukkan telur + esen vanilla dan pukul lagi sehingga kembang
masukkan tepung naik sendiri..
kemudian kacau sekali dengan choc chip dan kepingan almond..
letak atas loyang, siap untuk dibakar..
suhu 170 degree, dalam 30 minit.
guna api atas dan bawah.



seeloknya, potong conga bars selepas keluar dari oven..
nampak cantik dan tidak pecah..
semasa membuatnya, seeloknya juga pukul sampai kembang..
sebab bila bakar, congo bars akan naik dengan cantik..
hiasan kalau boleh, choc chip dan kepingan almond biar susun..
baru nampak cantik dan selera makan..

selamat mencuba kawan-kawan!


2 comments: