Monday, 11 September 2017

RUMAH KAMI (TH) : KWSP - PENGELUARAN ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..


Berhabuk sedikit blog ini, hampir lebih kurang 5 bulan! Sudah lama juga tidak menjenguk dan berkongsi maklumat kerana kesibukan dengan jawatan sebagai surirumah sepenuh masa. Gurau je..Hihi..

Saya akan berkongsi tentang pengeluaran KWSP untuk pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan sebagai rujukan kawan2 semua, ianya hanyalah berdasarkan pengalaman saya, untuk lebih lanjut kawan2 semua boleh menghubungi pejabat KWSP berdekatan. Penyata Baki Pinjaman pula, bergantung pada bank yang memberi kawan2 semua pinjaman perumahan.

Buat pertama kalinya, saya dan husband membuat pengeluaran KWSP (Akaun ke-2) ini untuk deposit rumah kami ini. Setelah hampir 2 tahun, kami ingin membuat pengeluaran KWSP (Akaun ke-2) untuk kali yang ke-2 untuk ansuran bulanan pinjaman perumahan. Sebelum kami menerjah pejabat KWSP Johor, kami menerjah dahulu website KSWP - Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan 
Berikut adalah apa yang ada di dalam website ini.
1) Maklumat Lanjut
Apa yang ada dalam Maklumat Lanjut ini? Mestilah ada kelayakan pemohon, syarat pengeluaran, kelayakan pengeluaran, kaedah bayaran, pembatalan pengeluaran, dokumen yang diperlukan dan dokumen sokongan.
2) Borang Permohonan KWSP 9P (AHL) & Senarai Semakan Dokumen
Borang permohonan KWSP 9P (AHL) hanyalah untuk permohonan pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan sahaja. Perlu 'PRINT' dan diisi borang tersebut, serta terdapat juga senarai semakan dokumen yang diperlukan.
3) Contoh Format Penyata Baki Pinjaman
Penyata baki pinjaman dikeluarkan oleh bank yang memberi kita pinjaman perumahan. Format mestilah sama seperti contoh KWSP. 
4) Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus ke Akaun Ahli
Nama Bank yang terpilih sahaja.

Nampak seperti mudah sahaja untuk diuruskan, tetapi pertama kali ingin mengeluarkan kwsp untuk ansuran bulanan pinjaman perumahan,  masih ada sedikit kekeliruan terutamanya format penyata baki pinjaman. Nasib baik saya dan husband masih lagi menyimpan no. hp akak yang telah menguruskan pinjaman perumahan kami. Sebelum kami terjah, kami menelefon akak tersebut bertanya proses memohon penyata baki pinjaman.
1) Hanya perlu pergi ke bank yang berdekatan (bank pinjaman perumahan tau, jangan main terjah bank2 lain..hehe) dan beritahu mahu penyata baki pinjaman untuk EPF.
2) Setiap pengeluaran penyata baki pinjaman ada cas juga, macam bank muamalat (RM21 + 6% GST) zaman sekarang mana ada free tau. Format penyata baki pinjaman seperti contoh KWSP.
3) Ada borang yang perlu diisi serta tanda tangan permohon dan juga salinan IC pemohon. Pemohon mestilah nama pertama untuk pinjaman perumahan.
4) Proses pengeluaran penyata baki pinjaman lebih kurang 2 minggu waktu bekerja, bukanlah on the spot boleh keluarkan penyata baki pinjaman ini, disebabkan formatnya perlu sama dengan format contoh KWSP.

Yeahh!! Penyata Baki Pinjaman Perumahan dah dapat, pengawai bank menunaikan janji, lebih kurang 2 minggu waktu bekerja!

Next...... Submit borang permohonan, dokumen yang diperlukan ke pejabat KWSP!!

Alhamdulilah..Semuanya sudah selesai..Siapa kata susah??Mudah dan senang sahaja urusan di pejabat KWSP sekiranya dokumen yang diperlukan mencukupi..Hihi...

Sebelum itu, pegawai KSWP akan check dokumen dan berapa yang ada di dalam akaun ke-2, kemudian membuat pengiraan untuk bayaran pengkreditan terus ke akaun kita..
Saya bersyukur apabila akaun ke-2 kami suami isteri boleh membuat bayaran pengkreditan terus ke akaun kami selama 13 bulan, dapat mengurangkan beban sedikit..

Nota saya:
Bagusnya KWSP, mereka akan menghantar mesej ke telefon bimbit kita untuk pemberitahuan
'Bayaran Pengeluaran telah dihantar ke bank anda.'
Cepat..cepat keluarkannya..
Takut terguna ke tempat lain pula duitnya..hehe.. 
Sayangnya tak sempat saya nak ambil gambar sebagai rujukan..

No comments:

Post a Comment