Sunday 28 September 2014

Hebatnya Pengorbanan Seorang Ibu

Assalammualaikum semua!!

Ibu oh ibu..

Ya Allah, hebatnya pengorbanan seorang ibu. Seorang ibu boleh membesarkan 10 orang tetapi 10 anak belum tentu boleh membesarkan seorang ibu. Ibu perlu dikenang setiap masa, namun tiada salahnya seorang anak memilih satu hari yang istimewa bagi memperingati jasa dan pengorbanan ibu. 

Rasulullah SAW pernah bersabda ketika ditanya seorang sahabat :
"Siapakah yang harus kita cintai setelah ALLAH dan Rasul-Nya?
Nabi SAW menjawab : "Ibumu"
Sahabat itu bertanya lagi : "Selepas itu siapa?"
"Ibumu", jawab Nabi.
"Kemudian siapa lagi?" tanya sahabat.
"Ibumu", kata Nabi
"Kemudian siapa lagi?" tanya sahabat lagi.
"Ayahmu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya" kata Nabi
(Riwayat Bukhari) 

Oleh itu pentingnya kita mencintai ibu kita, tiga kali ganda lebih sayang daripada ayah kita. Bukan bererti kita kurang sayang kepada ayah. Antara beberapa faktornya ialah ibu yang telah bersusah payah mengandung kita selama 9 bulan, tidak boleh makan kerana mual dan loya, tidak tidur dengan nyenyak, menahan rasa sakit, mempertaruhkan nyawanya ketika proses kelahiran, kadang-kadang ada ibu yang bersedia perutnya dibedah demi kelahiran anaknya yang tidak boleh lahir secara normal, dan ada ibu yang rela mati demi kelahiran anaknya.

Ibu tidak mengharapkan apa-apa kecuali menumpang sedikit kasih di hari tua, ketika uzur dan sakit. Mereka mahukan doa seorang anak soleh selepas meninggal dunia.



# Nota

Ciuman seorang ibu boleh menggugurkan dosa kita. Dan apabila tertutupnya mata ibu kita, hilangnya satu keberkatan di sisi Allah iaitu DOA SEORANG IBU. Oleh itu, hargailah ibu kita selagi masih hidup

Setelah menjadi seorang ibu, baru aku tahu apa yang ibu aku rasakan.. Mudahan anak aku, LUTHFI menjadi anak soleh, cemerlang di dunia dan akhirat dan tidak lupa tanggungjawab pada ibu bapa. 
Amin


Terima kasih ibu dan ayah aku!!


14 comments:

  1. unik background blog ni =)
    singgah tengahari kat sini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..
      Mar Mansor banyak beri tunjuk ajar dan tolong saya..
      Salam perkenalan.. terima kasih tau.. nanti saya singgah di sana..

      Delete
  2. Pengorbanan Ibu tiada taranya.. sayang mak kita...
    salam perkenalan..follow sni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan. terima kasih tau.. nanti saya jenguk + follow blog awak.. ;)

      Delete
  3. Salam singgah dari blog Janji Kita & follow sini.. Salam ukhwah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan.. terima kasih tau.. nanti saya follow blog awak..

      Delete
  4. Sedih + sebak plak baca entri ni...mmg rindu sangat² kat Ummi kat kg...
    Raya haji ni x dpt balik plak tu...x sbr tgu hujung bulan, amik cuti sebab nak balik kg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgah + follow...
      Singgah juga nanti yer : http://yanapinkblossom.blogspot.com/

      Delete
    2. tak kira busy, kita jangan lupa pada ibu bapa kita...peringatan untuk diri sendiri gak..hehe..
      salam perkenalan.. terima kasih tau.. nanti saya follow blog awak lak..

      Delete
  5. Salam, singgah dari blog Mar Mansor..nanti jemput follow saya, memmetlenggeng.blogspot ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan.. terima kasih.. nanti saya singgah blog awak lak..

      Delete
  6. Salam kenal...
    Singgah dari blog Mar... :)

    ReplyDelete
  7. http://sisiusus260.blogspot.com/2017/11/gara-gara-ulah-seorang-nenek-melempar.html

    http://sisiusus260.blogspot.com/2017/11/haru-perjuangan-induk-anjing-selamatkan.html

    http://sisiusus260.blogspot.com/2017/11/rutin-makan-mangga-turunkan-berat-badan.html

    http://sisiusus260.blogspot.com/2017/11/pria-italia-tularkan-hiv-pada-32-wanita.html


    joint us :
    * BBM: D1E0517C / 2B3F0E24
    * WHATSAPP:+6282143134682
    * LINE: PELANGIQQ
    * WECHAT: pelangiqq

    ReplyDelete