Wednesday 25 October 2017

RESEPI : LEMPENG BUJANG!

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..

Kalau rasa malas masak, saya lebih suka buat LEMPENG BUJANG!
Mudah dan senang....Kenyang jugak..
Orang nak diet pun boleh makan..
Jom jenguk resepi semudah ABC!!
Hihi..

BAHAN-BAHAN

2 cawan - TEPUNG GANDUM
2 cawan - AIR
1/2 sudu besar - MARJERIN, guna minyak masak pun boleh
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA

1. Blender semua bahan2nya sehingga sebati.

2. Panaskan kuali dengan api yang sederhana, sapukan sedikit minyak menggunakan tisu di dalam kuali.

3. Kebesaran lempeng mengikut senduk yang digunakan, saya lebih selesa menggunakan senduk yang besar. 1 senduk besar untuk 1 lempeng.

4. Ada 2 cara membuat lempeng,
a) bermula dari tengah, tuangkan 1 senduk besar ke tengah kuali, gunakan belakang senduk dan pusingkan 360 darjah dari tengah ke sekeliling sehingga lapisan menjadi nipis dan mengikut kebesarn lempeng yang kita mahukan.
b) bermula dari sekeliling, tuangkan 1 senduk besar ke sekeliling kuali, gunakan belakang senduk dan pusingkan 360 darjah dari sekeliling ke tengah sehingga lapisan menjadi nipis.

5. Biarkan seketika sehingga tepi lempeng terangkat ke atas, bermakna lempeng dah masak dan boleh di balik ke bawah sekejap.

6. Tadaaa...Sudah siap lempengnyaaa..1 adunan ni boleh untuk 3-4 orang makan sekali jalan..hihi..

Mak saya cakap namanya lempeng bujang..hihi
Sedap dimakan dengan kari ayam!! Sambal tumis ikan bilis pun sedap!!
Nyummmmm.. Selamat mencuba!!

Sedap!! Kari ayam mamak.. Nyummmmm

NOTA SAYA :
Sekiranya tak ada marjerin, boleh juga digantikan dengan minyak masak sedikit sahaja, tujuan untuk mengelakkan lempeng melekat di dalam kuali dan pastikan ianya diblender dengan semua bahan-bahan di atas. Telur pula untuk melembutkan lempeng, kalau tak nak letak pun tak apa macam saya dan terpulang kepada kawan-kawan semua..
Saya tak nak letak telur disebabkan ayah saya kakinya masih lagi luka, dan pantang makan telur..hihi

Sunday 22 October 2017

RESEPI : NOXXA - KARI AYAM TUA

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..

Periuk noxxa ini sudah menjadi trend masa kini dan viral di media social, boleh dikatakan periuk noxxa menjadi idaman setiap wanita di luar sana, periuk serba boleh dan macam-macam boleh digunakan sama ada menggoreng, mengukus, merebus dan lain-lain..

Mak saya merupakan salah seorang yang terpengaruhi untuk membeli periuk noxxa. Tetapi masalahnya mak saya tidak pernah menggunakannya kerana terlalu banyak button dan merasakan terlalu leceh, baginya masak di atas dapur gas lagi senang..

Oleh itu, sayalah orang pertama yang merasmikan periuk noxxa ini.. Huru hara jadiknya, sepatutnya sekejap sahaja masak disebabkan asyik membaca buku manual sampai tersalah tekan button. Pernah juga terlupa tertekan button ON/OFF, 1 jam tunggu tak masak..haha.. Sekarang ini, apa yang saya masak menggunakan periuk noxxa, saya simpan resepi dan cara menggunakannya di blog untuk rujukan saya, walaupun blog ini kerap berhabuk..hihi..

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, salah satu keistimewaan periuk noxxa ini dengan menggunakan high pressure boleh melembutkan daging atau ayam tua dengan masa yang cepat, paling lama pun 1 jam..Tak tipu! Hehe

Resepi kali ini adalah resepi favourite husband saya, anak bujang saya serta ayah saya. Kari! Kari apa?? Kari ayam tua! Sebut je ayam tua, ayam tua ini boleh dikatakan favourite ayah saya, ayah saya panggil ayam pencen..hehe..Teringat pula, mak masak rendang ayam tua menggunakan dapur gas, lama juga masaknya, tetapi last2 ayah gigit liat, kata ayah macam nak tercabut gigilah..haha.

RESEPI - NOXXA KARI AYAM TUA

BAHAN-BAHAN

1 ekor - AYAM TUA

5 biji - BAWANG MERAH **
3 biji - BAWANG PUTIH **
1 inci - HALIA **
** tak perlu blender, hanya mayang @ potong sahaja

3 sudu besar - LADA blender

10 sudu besar - SERBUK KARI AYAM
(Brand : BABAS, bancuh dengan sedikit air. Boleh tambah atau kurang serbuk kari ayam, terpulang nak pekat ke cair)

REMPAH RATUS, cth kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih


CARA MEMBUATNYA

1. Letakkan sedikit minyak di dalam periuk noxxa.
Tekan STIR-FRY, kemudian tekan ON/OFF sehingga lampu merah berhenti berkelip.
Biarkan minyak panas seketika.


2. Masukkan rempah ratus, kemudian bawang merah, bawang putih dan halia yang siap dipotong sehinnga naik bau.

3. Masukkan lada blender sehingga masak, kemudiannya masukkan serbuk kari ayam boleh tambahkan sedikit minyak jika perlu. Pastikan serbuk kari ayam masak sehingga naik minyak.

4. Masukkan ayam tua yang siap dibasuh dan kacau sebati, kemudiannya masukkan sedikit air.

5. Sebelum menggunakan mode HIGH PRESSURE, pastikan tutup dahulu periuk dengan penutup periuk noxxa. Cara menutup seperti di bawah ini.



Pastikan knob di atas penutup periuk noxxa ditukarkan ke pressure seperti di bawah ini.


Tukarkan dari button STIR-FRY ke button HIGH-PRESSURE, kemudiannya tekan lagi buttton HIGH PRESSURE untuk time setting.
Contohnya, DAGING - 1 jam ; AYAM TUA/KG - 40 minit
Disebabkan saya nak masak ayam tua, jadinya saya tekan button HIGH-PRESSURE sehingga angka 40, dan kemudiannya tekan button ON/OFF sehingga lampu merah berhenti.

Biarkan seketika, sehingga angka 40 minit, periuk ini akan berbunyi.

Setelah berbunyi, tukar knob ke STEAM, biarkan sehingga bunyi STEAM hilang, baru boleh buka penutup periuk.

Pastikan ianya tidak menghala ke muka anda, sangat bahaya

Empukkan ayamnya!

Saya lebih selesa menggunakan periuk noxxa untuk melembutkan ayam tua ini.
Saya akan alihkan ke periuk biasa dan memasak menggunakan dapur gas.
Saya juga akan menambah perasa (sedikit garam dan gula) serta 1 kotak santan dan masak sehingga pekat..

Nyummmmm.. Nampak sedapkan!

Nota saya :
Tak kira rebus daging ke ayam tua ke jangan diletakkan garam.





Tuesday 3 October 2017

JALAN2 : #FAMILYHONEYMOON MENIKMATI KEINDAHAN ALAM DI PULAU TIOMAN (1)

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.r.t kawan-kawan semua..


Hampir dua minggu sudah berlalu, tetapi cerita Pulau Tioman masih menjadi perbualan antara kami suami isteri dan juga #luthfi_taufik, kerana boleh dikatakan tahun ini merupakan #familyhoneymoon yang mencukupi ahlinya iaitu adik-beradik husband. Ikutkan kami merancang pergi ke Pulau Tioman pada cuti sekolah, tetapi disebabkan chalet penuh, kami bertukar ke cuti umum 'Hari Malaysia' selama 
3 hari 2 malam (15hb September 2017 hingga 17th September 2017) dan terpaksalah masing-masing memohon cuti sendiri.

Adik bongsu husband, Mahirah dilantik sebagai penjaga duit keluarga dan juga perancangan bajet ke Pulau Tioman termasuk harga pakej, harga feri, duit minyak, duit makan dan lain-lain. 
Anggaran kasar lebih kurang bajet untuk seorang dewasa ialah RM400 dan bajet untuk seorang kanak-kanak di bawah 8 tahun ialah RM60.
Lebihan perbelanjaan di Pulau Tioman akan dimasukkan ke dalam akaun keluarga husband untuk next #familyhoneymoon. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada husband saya sebab dapat mengumpul bajet kami seawalnya dan sponsor saya ke Pulau Tioman, kalau tidaknyaaaa....boleh menangis kat tepi bucu katil gara-gara kena tinggal..haha.. 

Terlalu banyak moment yang best , sampai saya sendiri tidak tahu bermula dari mana hendak menulis. Saya bukannya blogger yang setia seperti kawan-kawan semua, tetapi saya rasakan blog adalah tempat yang paling best untuk saya kongsikan pengalaman saya atau sesuatu yang menarik dan boleh menjadi rujukan akan datang. 

Bagi saya, Pulau Tioman merupakan pulau yang sesuai bagi sesiapa yang ingin menenangkan fikiran, beristirehat dan juga menikamati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t tidak kira di daratan atau lautan, ianya tidak sesuai untuk shopping seperti Pulau Langkawi. 

Ada 2 stesen untuk ke Pulau Tioman, 
1) Jeti Mersing, Johor
2) Jeti Tanjung Gemok, Pahang
Ikutkan tarikh percutian kami, jadual pergi dan balik di jeti Mersing seawal 7pagi dan mungkin agak kelam kabut pengurusan untuk kami sekeluarga terutamanya anak-anak kecil untuk bangun pagi, walaupun boleh dikatakan Jeti Mersing, Johor lagi berdekatan dengan rumah mertua saya, Felcra Sungai Ara dan perjalanannya lebih kurang 1 jam. Oleh itu, kami memilih di Jeti Tanjung Gemok, Pahang kerana jadual pergi ke Pulau Tioman seawal 7pagi tetapi jadual balik lebih kurang pukul 2petang, lebih lama di Pulau Tioman, walaupun perjalanan ke Tg. Gemok lebih kurang 2 jam dari Felcra Sungai Ara.
Harga feri dari Tg. Gemok ke Pulau Tioman (one way only) untuk seorang dewasa ialah RM35, manakala untuk seorang kanak-kanak pula ialah RM30.  Harga feri dari Pulau Tioman ke Tg, Gemok pula sama juga.
Pastikan kawan-kawan semua perlu berada 1 jam awal di setiap stesen bagi mengelakkkan ketinggalan feri kerana ketibaan feri tidak diduga seperti kami, feri balik ke Tg. Gemok sampai ke Kg. Genting lebih awal dari waktunya. Nasib baik masing-masing dah bersedia nak pergi makan tengahari, tetapi tak jadi disebabkan feri sampai lebih awal.

Muka happy, tak sabar nak pergi chalet..
Alamak! Muka mak mertua tak nampak..huhu
Suasana di dalam feri dari Pulau Tioman ke Tg. Gemok
Terdapat banyak stesen dan perhentian di dalam Pulau Tioman antaranya seperti Kg. Genting, Kg. Paya, Kg. Tekek, Kg. Salang, Kg. Juara dan lain-lain.
Banyakkan kg kat Pulau Tioman ini!
Kami sekeluarga memilih di stesen KG. GENTING, PULAU TIOMAN  yang sesuai untuk seisi keluarga dan kami juga memilih chalet yang berdekatan dengan jeti feri iaitu 'GENTING GLORY BEACH RESORT'. Sesiapa yang berminat dan teringin menginap di chalet kami sekeluarga, boleh menghubungi
CIK AWANG 014-5059942 untuk keterangan lanjut mengenai harga pakej atau lain-lain. 
Bagi saya, layanan Cik Awang dan keluarga adalah terbaik!
Harga untuk boat service, call lah CIK AWANG untuk harga pakej!
Kedudukan chalet di Genting Glory Beach Resort tidak jauh daripada jeti Kg. Genting. Chaletnya yang simple dan menarik, ada yang moden, ada juga seperti rumah kampung. Selain daripada itu, ada juga kerusi yang santai untuk kita dapat melihat keindahan lautan yang sangat cantik, airnya yang hijau. Pemandangannya yang terlalu cantik. Kita juga dapat melihat suasana matahari terbenam di depan chalet ini.
Kami booking 4 chalet tau, 1 chalet untuk 1 family..Hehe

Ini chalet kami! Nampak tak #luthfi _taufik asyik main air paip je..

Perghhh.. Relax #luthfi_taufik dan abang syamir..


Apa ada di dalam chalet?? Dua katil queen, ada bilik air, ada air-con, ada heater..
Apa yang tak ada?? Tak ada TV, tak ada dapur nak masak..
Jadinya, kalau nak booking saya cadangkan sekiranya kawan-kawan ada planning nak ke Pulau Tioman, lebih baik ambil yang ada pakej sebabnya termasuk dengan makanan, snorkeling dan lain-lain.
Alhamdulilah, sarapan, makan tengahari dan juga makan malam termasuk BBQ telah disediakan. Jangan terkejut apabila membeli makanan di sana, harganya berbeza daripada tempat kawan-kawan semua, harganya mahal sedikit. Jangan lupa bekalan 1 bag makanan ringan serta minuman 3in1, dengan suasana malam yang sejuk serta bunyian ombak, perut akan terasa kerap kelaparan..Hehe..

Muka kelaparan! Bestkan #familyhoneymoon

Nota saya:
Entri seterusnya, saya lebih berkongsikan tentang cantiknya keindahan alam di lautan..
Sebenarnya entri ini dah lama saya buat draft, cuma ambil masa untuk upload gambar..
Line kat cc tak berapa cantik, bila ramai orang..