Friday 5 December 2014

Apa itu CCRIS?

Assalammualaikum semua..

Alhamdulilah.. Masih lagi diberi peluang untuk bercoloteh di sini..
Semoga hari ini bertambah baik dan lebih baik daripada semalam..

Pernah dengar tak CCRIS?
CCRIS (Central Credit Reference Information System ) 
@ Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat 
Dikenali sebagai sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat data kredit yang dilaporkan oleh setiap institusi kewangan yang menyertai CCRIS..
Data kredit ini bermaksud semua jenis pinjaman..
Tak kira pinjaman rumah ke, kereta ke, peribadi ke, ASB ke,
Hutang kad kredit ke, dan siapa yang menjadi penjamin..

Biasanya, apabila membuat pinjaman, institusi kewangan akan tengok rekod CCRIS..
Kalau rekod baik, senang sikit nak dapat pinjaman..
Kalau rekod buruk, susah sikit nak dapat pinjaman atau reject lebih awal..

Macam saya..
Dulu, saya tak pernah tahu apa itu CCRIS..
Suatu hari, saya ingin membuat pinjaman bank, tetapi bank tak luluskan..
Pelik dan hairan, rasanya tak ada hutang lagi kecuali si myvi chomel saja..
Terus pergi bank negara area johor bahru..
Baru saya tahu, hutang kad kredit tak settle lagi..
Tak banyak pun, hanya RM30..
Tetap masuk dalam CCRIS..
Hehe..

Cara membuat semakan CCRIS (area Johor)
Boleh pergi ke bank negara area JB seperti alamat di bawah ini.

Bank Negara Malaysia Johor Bahru
Jalan Bukit Timbalan
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Tel: +607-225-7888

Siapa tak tahu boleh google maps saja atau call no kat atas ini.
Susah sikit nak parking kat sini, sebab limited parking dan kawasan bukit..
Nak senang boleh parking dekat kawasan MPJB.
Pastu exercise naik bukit pergi ke bank negara..
Hehe..

Sampai sana, terus pergi ke Customer Service cakap nak print CCRIS..
Tidak perlu ambil no, terus pergi ke kiosk yang disediakan..
Baca arahan, masukkan kad pengenalan, kemudian PRINT.
Sekejap je kan..

#Kepada kawan-kawan sekalian,
Sekiranya anda nak buat pinjaman rumah ke, kereta ke, atau peribadi ke..
Pastikan anda membuat semakan dan dapatkan laporan kredit CCRIS dulu..
Mulai tahun 2015, PTPTN juga sudah masuk dalam CCRIS..
Pastikan yang berhutang PTPTN, sila bayar setiap bulan..
Peringatan untuk diri sendiri juga.. Hehe

Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh rujuk ke http://creditbureau.bnm.gov.my/BMindex.html


Tuesday 2 December 2014

Homemade kuah rojak petis (Versi 1)

Assalamualaikum semua!!

Pernah dengar tak rojak petis ke?rojak buah ke?
Saya pengemar utama kuahnya.. Boleh dikatakan terlalu addicted..
Kalau makan, mesti sampai menjilat jari, kadang-kadang menjilat plastik..
Biasanya, benda yang saya suka makan, kalau terjumpa resepi kat mana-mana..
Facebook ke, instagram ke, majalah keluarga ke,blog ke, encik google ke..
Saya akan salin, try and error, olah resepi ikut tekak saya..
Hehe..

Hari ini, saya ingin kongsikan resepi homemade kuah rojak petis (Versi 1)..
Versi 1 caranya mudah, cepat dan senang.. Versi moden la..

Bahan-bahannya

Bahan A
Cili padi @ cili kering (saya suka pakai cili padi)

Bahan B
Kacang tanah

Bahan C
1/2 cawan   sos cili
1/2 cawan   sos tomato
1/2 cawan   kicap manis
1/2 cawan   gula @ madu (Kalau tak suka manis, kurangkan sikit)
1 cawan      gula merah @ gula melaka
1/2 cawan   air (Kalau nak pekat, kurangkan air. Kalau nak cair, tambahkan air saja)
3 camca teh   petis

Bahan-bahan yang saya gunakan seperti gambar dan senarai di atas ini.

Cara-caranya
1. Bahan A digoreng dulu, pastu tumbuk sehingga lumat..
2. Bahan B digoreng dengan sedikit minyak hingga garing. Dibuang kulit, pastu ditumbuk atau blender sehingga sedikit hancur.
3. Bahan C dan A masuk semua sekali dalam periuk, kemudian masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan Bahan B


Hasil bancuhan bahan A + C 

Itu saja.. Nampak macam senangkan, cuba lah kat rumah.. Hehe.
Simpan dalam peti ais, tak basi..

Boleh dimakan dengan apa-apa saja..

Nanti saya kongsikan versi yang lain pulak..
Selamat mencuba kawan-kawan...