Thursday 27 November 2014

Luthfi Demam Panas..

Assalammualaikum semua..

November..Disember..Menurut kaji cuaca panas, hujan tidak tentu sekarang ini..Sudah mula musim banjir di kawasan pantai timur..Cuti sekolah juga sudah bermula..Perhatikan tingkah laku anak-anak, jangan biarkan mereka bermain hujan..Penuhi aktiviti anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah..Pastikan juga standby payung dalam kenderaan..Sediakan payung sebelum hujan..Hehe..

Ibu ayah mana tak risau, apabila anak demam panas..selsema..batuk kahak..suhu badan lebih 38 dgree..tengah malam anak merengek-rengek tak boleh tido..tak nak makan..tak nak minum susu..nak sentiasa dukung..nak sentiasa kita ada kat sisi..kadang-kadang ibu ayah tak dapat nak fikir pasal keje..itulah terjadi pada Luthfi..my HERO..

Luthfi demam panas pada waktu malam..siang ok, masih aktif dan boleh bermain..bibir merah, kemungkinan dalaman terlalu panas..budak baru masuk 1 tahun..hanya tahu merengek dan menangis apabila sakit..orang cakap kalau demam biasa saja, banyak nak dapat upahnya dan akalnya..tapi memang betul, macam-macam Luthfi dapat bila masuk 1 tahun..dah pandai jalan..gigi dah tumbuh..2 kat bawah..1 kat atas..dah pandai cakap..dah pandai cari kerja,

Tak silap saya, sejak lahir sampai sekarang, dah 3x Luthfi demam teruk..

1. mase Luthfi 4 bulan - demam panas sebab chicken pox
2. mase Luthfi 6 bulan - demam panas. kena tahan wad sebab syak denggi..tapi rupanya kena demam campak.
3. Luthfi setahun - demam panas..mungkin demam nak dapat banyak upah dan  akal..mungkin juga demam selepas inject MMR untuk budak umur 1 tahun..

Banyak juga klinik-klinik yang kami pergi..Antara klinik-klinik yang kami pergi ialah:-

1. Poliklinik Rozikin, Taman Kota Masai (Jalan Tembikai)
2. Poliklinik Aida, Taman Kota Masai (Jalan Tembikai)
3. Poliklinik Penawar 24 jam, Taman Kota Masai (Jalan Betik)
4. Poliklinik Norbi, Taman Cendana
5. Poliklinik Penawar 24 jam, Taman Rinting
6. Klinik Rabbisyfina, Taman Rinting
7. Klinik Pakar Kanak-kanak TS Lim, Taman Pelangi
8. Emergency, Hospital Sultan Ismail (HSI)

# Setiap kali pergi klinik, banyak soalan yang saya tanya pada doktor. Bukan nak serabutkan otak doktor. Biasalah first time jadi ibu ayah, kadang-kadang banyak benda terlepas pandang. Ada yang friendly, layan saya dengan baik. Ada yang sombong, malas layan. Ada juga buat muka menyampah bila saya tanya banyak soalan. Paling saya suka pergi Poliklinik Norbi dan Klinik Pakar Kanak-kanak, dari staff sampai doktor friendly. Saya bagi 5 bintang.. Hehe