Friday 31 October 2014

Kami Anak JOHOR!!

Assalamualaikum semua!!

Alhamdulilah...
Bersyukur ke hadrat Allah SWT masih lagi diberikan kesempatan untuk berblogging..
Hari ini 31/10/2014..Penghujung bulan Oktober...
Selamat tinggal Oktober!!

Welcome November!!
Esok adalah 01/11/2014..
FINAL PIALA MALAYSIA..
JDT (Johor Darul Takzim) vs PAHANG..
Selama 23 tahun penantian..
JDT ke final Piala Malaysia juga..
Good luck JDT!!
Mudahan malam esok ada rezeki untuk JOHOR..
dan kami...
akan dapat cuti...hoyehh!!


SAYA BANGGA JADI ANAK JOHOR!!

Siapa anak jati JOHOR? Sila angkat!! hehe
SAYA!! 
Saya anak JOHOR.. Saya bangga jadi anak JOHOR..
Dilahirkan di Johor Bahru.. Dibesarkan juga di Johor Bahru..
Sekolah rendah dan menengah di Johor Bahru..
Sambung belajar juga di Johor Bahru..
Suami saya orang kota tinggi, JOHOR BAHRU..
Kami memang orang anak JOHOR!!
Boleh memohon eRumahJohor.
Hoyeh!!!


Kepada anak-anak JOHOR di luar sana,

Jom cepat-cepat buat permohonan dan pendaftaran
eRumahJohor (Sistem Pendaftaran Rumah Mampu Milik Negeri Johor)

http://erumah.johor.gov.my/

Masih ada masa lagi.. Tak ada tarikh luput.. Boleh mendaftar bila-bila masa..
Jangan lambat..

Sebelum daftar permohonan..
Sila baca syarat-syarat kelayakan permohonan di bawah ini..
Pastikan anda layak memohon!!

1. Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun ke atas.
2. Berkahwin/bujang layak memohon
3. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
4. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B.
5. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ.
6. Pemohon/pasangan yang telah memili rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon.
7. Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL.
8. Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAH yang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
9. Permohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.

# Sime Darby Property Berhad akan bina 733 unit buah rumah mampu milik di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. Pada 25/10/2014 (Awal Muharram) , Menteri Besar Johor, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin telah melancarkan fasa pertama sebanyak 171 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang di bawah pemaju Sime Darby Property Berhad.  Siapa berminat, masih ada masa lagi untuk memohon.. Mana tahu ada rezeki kita..

No comments:

Post a Comment